“Biasanya Orang Bersinar Ni, Pasti Ramai Dengki. Saya Tak Pernah Tengok Beliau Mengata Orang,” – Sajat Puji Neelofa

Share

Pengasas kosmetik sensasi Nur Sajat menyatakan sokongan buat selebriti terkenal, Neelofa.

Menerusi satu status yang dimuat naik di Insta Stories hari ini, ahli perniagaan berkenaan memuji bekas hos program MeleTOP itu dan menyifatkan Neelofa sebagai individu yang kuat.

“Wanita sangat kuat walaupun banyak yang orang kecam beliau, biasanya orang bersinar ni, pasti ramai dengki.

“Saya tak pernah tengok beliau mengata orang malah dia sangat buat hal diri sendiri sahaja,” tulisnya.

Sajat pada masa sama turut berpendapat, Neelofa sebagai seorang yang baik.

“Mengenali @neelofa seorang sangat baik. Rindu time ikut Cicie Makeup Artist mekapkan Neelofa 6 tahun lepas adalah kenangan saya bertemu ‘live’ bersama Neelofa.

“Sis! We are always support you. Hidup Neelofa!,” tulisnya lagi.

IKLAN