“Biasanya Isteri Mesti Ada Dan Teman, Tapi Kali Ini…,” – Kelibat Ekin Tiada Di Majlis Filem, Mawi Perjelas Spekulasi

Share

Kisah rumah tangga penyanyi dan pengarah, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi bersama isterinya, Ekin mendapat perhatian ramai, baru-baru ini.

Perkara tersebut berlaku gara-gara kelibat Ekin tidak kelihatan di majlis pelancaran filem terbaru arahan Mawi yang berjudul Hantu Kuat Ketawa.

Menerusi entri terkini di akaun Instagram miliknya, Mawi tampil menjelaskan bahawa andaian tersebut tidak benar.

“Baru-baru ni saya buat majlis pelancaran filem HANTU KUAT KETAWA di Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang.

“Biasanya isteri saya mesti ada dan teman saya. Tapi kali ni isteri saya takde. Tu yang macam-macam andaian tu hihi.

“Ada yang kata masalah rumah tangga pulak hahaha. Itulah lumrah manusia AWAMI, lihat sahaja terus bersangka dan menghukum. Tak kisah la tu kan. Malas nak fikir sangat, Fikir sikit-sikit je…haha !,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mawi memberitahu dia kini hanya mahu fokus kepada soal mempromosikan filem terbarunya itu yang bakal mula ditayangkan pada 27 Januari depan.

“Buat masa ni saya nak tumpukan pada promosi filem saya HANTU KUAT KETAWA yang akan mula tayang hari KHAMIS ni 27 JANUARI 2022 di ASTRO FIRST saluran 480 | On Demand.,” tulisnya lagi.

Imbas kembali, Mawi mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ekin Rahmat pada 28 Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Cahaya Malaikha.

Terdahulu, Ekin telah memaklumkan terpaksa menjalani tempoh kuarantin setelah anak tunggalnya itu disahkan positif Covid-19.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Mawi

IKLAN