Pelakon, penyanyi dan model terkenal Indonesia, Cinta Laura Kiehl tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara untuk turut serta dalam Pemilihan Umum (PEMILU).
Biar pun berada jauh di New York, Amerika Syarikat, wanita kacukan Jerman-Indonesia itu mahu menjadi salah satu suara yang menentukan hala tuju negara tercinta.
Berkongsi momen indah tersebut di laman Instagramnya, Cinta Laura yang hadir ke pusat pengundian terilhat anggun menggayakan baju lengan panjang rona hitam dan digandingkan bersama skirt jeans labuh.
Melengkapkan gaya keseluruhan rambutnya disanggul ringkas dan wajahnya dirias cantik.
Ads
Dalam salah satu foto yang dimuat naik, Cinta Laura menunjukkan jarinya yang sudah dicelup dengan dakwat. Dia meninggal kapsyen ringkas pada hantaran tersebut.
“Mengundi di New York, ayuh Indonesia!” tulisnya. Hantaran tersebut sehingga kini memperoleh lebih 94 ribu tanda suka.
Ads
Sekadar informasi, proses pengundian sempena PEMILU 2024 dilaksanakan lebih awal untuk warganegara Indonesia yang tinggal di luar negara. Di Indonesia, proses pengundian akan berlangsung pada 14 Februari akan datang.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal cantik dan awet muda pada usia 42 tahun, pelakon terkenal Indonesia, Wulan Guritno amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan daripada aspek pemakanan dan gaya hidup sihat.
Menurut Wulan atau nama sebenarnya Sri Wulandari Lorraine Joko Guritno, selain aktif bersenam, dia juga tidak lagi mengamalkan pengambilan gula sejak dua tahun yang lalu.
“Kita kena sentiasa rajin bersenam dan cukup tidur. Saya bersenam hampir setiap hari dan hanya satu hari rehat.
“Saya juga sudah berhenti mengambil gula hampir dua tahun. Selepas membuat bacaan, ternyata gula itu mempercepat proses penuaan bukan sahaja di luaran tapi juga organ dalaman.
“Perkara ini ternyata berkesan. Saya merasakan kulit saya lebih tegang dan sihat,” katanya kepada MH.
Wulan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem seram Trinil: Kembalikan Tubuhku yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pasa Rabu.
Pada masa sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga masih mengekalkan kecantikkan secara semula jadi tanpa melakukan sebarang pembedahan kosmetik.
“Ketika berumur 35 tahun, saya merasakan ada perubahan pada wajah dan itu wajar. Namun, saya belum berani untuk membuat pembedahan seperti tarik benang, filler atau akupuntur
“Saya takut muka saya akan berubah,” ulasnya.
Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk melakukan prosedur tersebut pada masa akan datang seiring dengan peningkatan teknologi.
“Ketika ini, saya belum berani tapi tidak menutup sebarang kemungkinan.
Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan.
“Mungkin pada usia 50 baru saya berani. Teknologi akan makin maju. Sebagai wanita, tipulah kalau kita tidak cari tahu.
“Mana tahu, satu hari nanti, saya memang perlukan operasi wajah. Saya nampak perbezaan rawatan dahulu dan sekarang. Kini, ia nampak lebih natural,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Wulan juga sentiasa mengingatkan anaknya untuk kekal disiplin untuk mendapatkan kecantikkan seperti dirinya.
“Saya juga mengamalkan jus kunyit dan jus hijau. Saya mengamalkan rutin ini sejak usia 20-an.
“Sebab itu juga saya selalu nasihatkan anak perempuan, kalau nak dapatkan kecantikan seperti saya ini, ia tidak mudah.
“Kamu kena bekerja keras dari segi makanan, fikiran dan senaman. Kita bukan nak kejar cantik tapi untuk jadi sihat,” akhirinya.
Sekadar informasi, Trinil: Kembalikan Tubuhku merupakan sebuah filem kerjasama diantara syrikat produksi Malaysia, Seven Skies Motion Sdn. Bhd. dengan pengarah Indonesia terkenal, Hanung Bramantyo.
Selain Wulan, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Rangga Nattra, Carmela Van Der Kruk, Shalom Radaze dan Alexzender Wlan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas membuat pendedahan mengenai trend sekolah yang mengadakan majlis graduasi di hotel, pelakon, Andrea Abdullah menafikan dakwaan tersebut berbaur fitnah.
Menurut Andrea, luahannya merupakan keluh kesah daripada para ibu bapa termasuklah daripada kalangan keluarganya sendiri.
“Ada orang tak puas hati. Katanya saya buat fitnah dan buat kenyataan tanpa usul periksa. Sedangkan, kalau anda lihat di ruangan komen, berapa ramai yang kata saya betul.
“Ramai yang kongsikan pengalaman mereka. Orang yang tak puas hati itu, tak baca komen ke? Takkanlah saya nak buat cerita bukan-bukan. Mana boleh nak bagitahu sekolah mana, nanti saya kena saman.
“Yang melatah itu, kenapa terasa? Kalau tak makan cili, tak makan pedas. Ramai mengadu dekat saya. Malah, ada sesetengah sekolah tu, bayarannya lebih mahal. Sekolah rendah dan tadika pun sama,” katanya.
Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh Andrea menerusi laman Instagram.
Katanya lagi, dia turut mendapat maklum balas daripada golongan guru yang turut tidak bersetuju untuk mengadakan majlis graduasi secara besar-besaran.
“Kalau saya tak bersuara, saya risau ia semakin menjadi-jadi. Ia turut berlaku di negeri-negeri lain. Bukan sekolah swasta tapi kerajaan.
“Ramai juga golongan guru yang turut memberikan komen mengatakan mereka juga tidak bersetuju. Tapi apakan daya, mereka hanya guru. Cakap lebih nanti takut kena tindakan.
“Ada yang kata, inilah masanya rakyat marhain nak merasa makan di hotel. Yang buka mulut tu, anak ramai ke? Gaji tinggi sedaplah nak bercakap. Yang anak ramai dan komitmen tinggi ni, meninggal la,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menafikan dirinya mempunyai niat untuk sengaja memburuk-burukkan institusi sekolah
“Saya tiada niat nak memburukkan nama guru atau jatuhkan martabat sekolah. Tak semua guru besar buat perangai macam tu.
“Saya cuba menjadi suara buat para ibu bapa yang mungkin malu nak suarakan atau rasa tertekan dengan situasi ini.
“Saya rasa perkara ini patut dihentikan kerana duit itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik. Walaupun untuk kenangan, ada cara yang lebih baik,” akhirinya.
Terdahulu, isu majlis graduasi sekolah yang diadakan di hotel telah pun mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana, namun meriah dan penuh penghargaan bagi meraikan semua pelajar.
Katanya lagi, perbincangan dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Andrea Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, pelakon Atiq Azman dilihat kerap kali lantang bersuara untuk membidas komen-komen netizen terhadap dirinya di media sosial.
Bercakap mengenai hal tersebut, Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah memaklumkan dia terpaksa mempertahankan diri demi menjaga maruah bila ada pihak yang melemparkan fitnah.
“Saya akan lantang bersuara bila ada yang mengaitkan saya menjalinkan hubungan sejenis. Ada yang kata, lebih baik diam daripada bersuara. Tapi takkan saya nak diam sahaja bila orang asyik fitnah saya?
“Saya ada maruah dan hak untuk mempertahankan diri. Apa hak anda nak menilai saya? Anda hakim ke?
“Anda boleh lihat sendiri di media sosial. Ada beberapa gambar saya bersama teman wanita. Bila bergambar dengan lelaki, itu kawan-kawan saya.
“Yang kenal saya, dia tahu saya macam mana,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Nur itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Anugerah AINAA Super Seven Awards yang berlangsung baru-baru ini.
Pada masa sama, Atiq turut menafikan dirinya tidak boleh menerima teguran sebaliknya gunalah cara yang lebih berhemah.
“Terima kasih kepada mereka yang menegur mengenai posting saya yang mendedahkan aurat atau tidak menjaga batas. Saya terima teguran anda dan mengakui silap saya.
“Yang menjadi masalah, bila ada yang menegur dengan cara yang salah. Saya juga sedang berusaha untuk berubah.
“Walau sebesar manapun khilaf seseorang itu, kita tak tahu bagaimana pengakhiran mereka. Titipkan doa dan tegurlah secara baik,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia akui dirinya kerap menjadi sasaran netizen disebabkan latar belakangnya daripada sekolah agama.
“Saya akui silap saya. Memang saya ada asas agama tapi sata tidak gunakan dengan cara yang baik.
“Tak kisah seseorang itu daripada sekolah tahfiz atau Universiti Al-Azhar sekali pun, kalau mereka berubah ke arah yang tidak baik, itu adalah kesilapan individu.
“Jangan pula kita pukul rata dan mengatakan semua pelajar yang belajar di sekolah agama itu mempunyai perangai yang buruk.
“Jangan pula kita salahkan institusi pembelajaran mereka,” katanya lagi.
Ditanya mengenai respon keluarga apabila dia kerap dihimpit kontroversi, ini respon Atiq;
“Keluarga juga kerap memberikan teguran. Saya berterima kasih dengan mereka. Saya gunakan teguran tersebut untuk berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...