“Biarlah Mummy Nak Pergi Konsert,”- Nabila Huda Dedah Perbualan Whatsapp Anak, Cemburu Sebab Dating Tak Ajak!

Share

Pelakon dan penyanyi Nabila Huda baru-baru ini telah menghadiri konsert Good Vibes Festival 2019 di Genting Highlands.

Nabila atau mesra disapa Abil turut ditemani suaminya, Mohd Izwan Johar dilihat gembira menghadiri konsert berkenaan.

Bagaimanapun, anak tunggal Abil iaitu ‎Keisha Laila sedikit terkesan kerana mereka pergi berdua dan tidak membawa dia bersama.

Malah, perbualan menerusi Whatsapp antara Abil dan Keisya turut dikongsikan di Instagram.

“Siapa Mak Siapa Anak nim,” tulis Abil ringkas sambil mendedahkan perbualan berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rakan artis telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap reaksi Keisha yang cemburu melihat Abil dan Izwan.

Malah, Abil dan Izwan turut merakam foto bersama di konsert berkenaan.

Foto : Instagram Nabila Huda

IKLAN