Bertemakan Glam dengan tagline Yang Legit Yang Legend, Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) tahun ini dihoskan tiga pengacara,Nabil Ahmad, Neelofa di samping Jihan Muse.
Bagaimanapun, Nabil dan Neelofa memaklumkan mereka telah menarik diri dari pencalonan anugerah yang dipertandingkan.
“Untuk tahun ini biarlah kami fokus pada hosting sahaja dan beri laluan kepada mereka yang lain,” kata Nabil kepada MH.
Kedua-dua pengacara itu ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur siang tadi bersempena dengan pengumuman pencalonanTOP 5 AME 2019.
“Bagi saya, kelebihan yang adapada saya ialah dalam bidang hosting kerana ia merupakan perkara utama,” jelas Neelofa.
Ads
Sementara itu, kata Nabil pula, dia tidak mahu orang ramai mempersoalkan pencalonan mereka meski sudah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara.
“MeleTOP adalah sebuah program dan kemudiannya ada anugerah macam ni (AME 2019), jadi hos pun sama setiap minggu seperti program MeleTOP.
Ads
“Oleh sebab itu kami tak nak orang lain persoalkan kenapa kita menang anugerah itu,” jelas Nabil lagi.
Ads
“Kami mahukan sebuah persaingan yang sihat dalam industri hiburan tanah air dan mengurangkan kecaman,” tambah Nabil secara seloroh pada majlis pengumuman calon Top 5 AME2019, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur siang tadi.
Dalam pada itu, sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan dan membariskan selebriti terkenal tempatan.
Untuk makluman, AME akan bersiaran secara langsung di Axiata Arena,Bukit Jalil pada 21 April depan.
Selepas kecoh mengenai manisan berbentuk alat sulit yang dimuat naik di Instagram Story beberapa rakan artis yang hadir pada majlis Bachelorette Party Nelydia Senrose baru-baru ini di kalangan netizen hingga menimbulkan reaksi yang pelbagai, rakan baiknya Nadiyah Shahab tampil memberikan reaksi.
Menerusi laporan Harian Metro, isteri pelakon pelakon dan usahawan, Ben Ali itu menegaskan Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan bachelorette party yang dianjurkan.
“Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan ‘Bachelorette Party’ itu. Dia tidak patut dipersalahkan,” katanya seperti yang dipetik.
Nadiyah yang turut berada di majlis terbabit turut memberitahu, manisan yang itu disediakan pihak katering yang sekadar memenuhi tema acara.
“Makanan yang dihidangkan pada malam itu disediakan oleh pihak katering yang mengikut tema majlis iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’.
“Ketika memuat naik gambar manisan tersebut di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menganggap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majlis itu.
“Saya tidak faham kenapa orang perlu mengecam sedangkan ramai saja yang buat manisan sebegitu untuk suka-suka. Lagipun, bukan kami buat perkara tidak baik sepanjang majlis berlangsung,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Nadiyah turut mahu menjelaskan dia tidak mahu ada yang anggap majlis yang dilangsungkan itu sebagai parti liar.
“Niat kami baik iaitu mahu memberi kejutan kepada Nelydia yang bakal menamatkan zaman bujang. Kami mahu menghargainya kerana dia wanita yang penyayang.
“Tiada lelaki dalam majlis itu dan semuanya wanita yang terdiri daripada kenalan rapat dan adik-beradik Nelydia.
“Ia hanyalah pertemuan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Nelydia yang bakal menempuh alam rumah tangga tidak lama lagi.
“Malah, majoriti yang hadir memuat naik video dan gambar aktiviti yang berlangsung sepanjang acara itu. Kami habiskan masa menghiburkan Nelydia dengan persembahan dan menonton video istimewa yang dibuat khas untuknya,” akhirinya.
Foto: Instagram Nadiyah Shahab, Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Instafamous yang juga anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid membidas kenyataan seorang pengguna Twitter yang mengecam majlis bachelorette party yang mempunyai elemen negatif.
Katanya, kita tak perlu mengganggu kehidupan orang lain sekiranya mereka tidak mengganggu kehidupan kita.
Pendapat tersebut dikongsikan Aazief di laman Twitter miliknya.
“This ladies and gentleman, is what a loser looks like.”
“Budding into other people’s private life and posting it online to get Internet brownie points,” tulisnya.
Tambahnya lagi, tindakan individu itu seperti sengaja membuka aib individu berkenaan untuk meraih perhatian di media sosial.
“Senang je sebenarnya, kalau apa dia buat tak kacau hidup kau, takyah nak kacau hidup dia.
“Dosa masing-masing. Dia punya bachelorette party dosa? Maybe, but it’s amongst friends. Kau buka Aib Sebab nak minta RT? Fikir sendiri.
“Takyah nak acah holier than thou sangat,” katanya lagi.
Tweet tersebut ternyata menerima respon pelbagai daripada netizen.
Pada pendapat MH, kadang kala majlis seperti ini hanya dilakukan secara suka-suka dan khas untuk teman-teman rapat. So, chill guys!
Sumber: Twitter Aazief Khalid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengangkat kisah realiti hidup pendatang asing di Malaysia, akhirnya filem One Two Jaga arahan pengarah, Namron telah dijulang sebagai pemenang anugerah filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM-30).
Kemenangan filem One Two Jaga ini sekali gus mengetepikan 42 pencabar filem lain seperti Dukun, Guang, Polis Evo 2 dan banyak lagi.
Menurut pengarah filem tersebut, Namron memberi tahu, kekuatan filem arahannya itu terletak pada jalan ceritanya yang segar dan ada keberanian serta suranya yang tersendiri.
“Filem ini bukan untuk para penonton melihat heroin yang cantik-cantik atau hero yang hensem-hensem kerana saya tidak menggunakan formula itu.
“Filem ini lebih kepada menyelongkar isu-isu dalam masyarakat kita.
“Malah filem seperti ini bukan jarang ye tapi filem seperti ini tidak pernah diterbitkan di Malaysia dan ini adalah sejarah,” katanya kepada MH.
Namron berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas tamat majlis di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Selain filem terbaik, One Two Jaga turut menggondol beberapa anugerah lain seperti cerita asal terbaik, poster terbaik, lakon layar terbaik, pelakon lelaki terbaik dan pengarah terbaik.
Sementara itu, pelakon Ummie Aida pula menepati ramalan apabila memenangi anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem Dukun.
Katanya, dia sendiri terkejut dengan pengumuman tersebut walaupun mengetahui orang-orang disekelililingnya telah menjangkakan perkara berkenaan.
“Biarlah orang dikeliling memberi keyakinan kepada saya tetapi saya takut untuk terlalu yakin
“Tapi akhirnya itu semua doa mereka yang menyebabkan kemenangan saya pada hari ini,” ulasnya.
Untuk FFM kali ini, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mempertandingkan 27 kategori anugerah termasuk tiga anugerah khas juri.
Oleh itu, ini MH bawakan senarai penuh pemenang-pemenang anugerah di Festival Filem Malaysia kali ke-30 ini.
Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM30:
Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
Pengarah Terbaik: Namron (One Two Jaga)
Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida (Dukun)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta)
Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)
Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil)
Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang)
Anugerah Khas Juri 1: Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 2: Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 3: Busker (Astro Shaw Sdn Bhd)
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Seniman AR Badul
Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan
Filem Box Office: Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) dengan kutipan RM37,797,423.00
Penyanyi dan usahawan, Azza Elite tampil memberikan respon terhadap komen seorang individu yang didakwanya sebagai ‘Datin’ yang menggelarkan dirinya sebagai artis sombong dan sendu.