Alangkah bahagianya bila dapat bercuti dengan suami tercinta kan? tentu banyak memori indah yang dapat dicipta.

Mungkin itulah yang dirasakan oleh Datin Paduka, Eina Azman saat bercuti dengan suami tercinta di luar negara. MH lihat banyak juga gambar percutian mereka yang dikongsi di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, biasalah ada sahaja mata-mata yang tidak senang melihat kebahagian orang ini apabila netizen ‘makcik bawang’ yang mengecam foto Eina mesra dengan suaminya di IG.

Biarlah Dia Nak Cium Ke, Laki Dia’- Peminat Pertahankan Eina Azman

Namun begitu, agak mengejutkan apabila rata-rata netizen mempertahankan tindakan pasangan tersebut dengan alasan ‘kedua-duanya sudah halal’.

IKLAN

“Yang dia cium laki dia, yang ‘sweet-sweet’ laki dia, yang nak jadi ustazah sangat dah kenapa?

“Tak suka jangan follow, jangan tengok. Apa punya orang lah. Lain kerja tak ke?” soal netizen tersebut.

Turut menyokong merupakan seorang lagi netizen yang menasihati ‘makcik bawang’ ini supaya ‘unfollow’ sahaja jika tak suka.

“Tak payah letak komen-komen kontena kat sini, semua orang ada cara masing-masing,” tulisnya pula.

Dalam pada itu, ramai juga netizen lain yang memberikan komen positif kepada Eina mengatakan bahawa dia dan suaminya sangat ‘sweet’.

IKLAN

Biarlah Dia Nak Cium Ke, Laki Dia’- Peminat Pertahankan Eina Azman

 

IKLAN

Biarlah Dia Nak Cium Ke, Laki Dia’- Peminat Pertahankan Eina Azman

Biarlah Dia Nak Cium Ke, Laki Dia’- Peminat Pertahankan Eina Azman

Pada MH, mungkin suasana yang romantik di samping berdua-duaan dengan suami tercinta membuatkan Eina lebih mesra dengan suaminya tapi bak kata netizen, mereka adalah pasangan yang halal, jadi tak salah kan?

sumber: IG Eina Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI