Dalam dunia hiburan yang penuh glamor dan pengiktirafan, pelakon legenda Fauziah Ahmad Daud kekal berpegang kepada prinsip bahawa kualiti kerja lebih utama berbanding gelaran.
Ketika ada rakan seangkatan mahupun artis muda sudah dikurniakan darjah kebesaran, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy terharu sekiranya dia terus dihargai melalui sumbangannya dalam seni.
“Biarlah Allah yang tentukan bila masa yang tepat. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa.
“Saya lebih suka bila hasil kerja saya yang berbicara. Saya lebih selesa begitu.
Ads
“Sehingga kini, saya tidak pernah menerima tawaran untuk mendapatkan gelaran tersebut. Malah, tiada seorang pun yang berpangkat Datuk berani ‘meminang’ saya juga,” selorohnya.
50 Tahun Dalam Seni, Tanpa Kejar Populariti
Walaupun tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar ‘Datuk’, Ogy bagaimanapun terharu kerana kerjayanya selama lebih lima dekad masih diingati ramai.
Ads
“Saya terharu ramai yang mengingati impak kerjaya saya dan bersyukur kerana dilahirkan menjadi seorang yang berprinsip.
“Bukan populariti yang saya inginkan tapi hasil kerja yang perlu diutamakan. Alhamdulillah, memang hasil kerja saya sentiasa berbicara,” katanya lagi.
Ads
Terbaharu, Ogy kembali menyumbang dalam industri seni dengan mengambil peranan sebagai pengetua Asian Pop Star, sebuah program realiti pencarian bakat baharu yang bakal bersiaran 29 November ini.
Program itu bakal mempertemukan 20 peserta terbaik dari seluruh Asia Tenggara yang bersaing merebut hadiah wang tunai USD20,000 dan biasiswa seni persembahan di ASWARA dan Korea Selatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 69, terharu apabila diberi peluang untuk kembali ke layar perak menerusi filem aksi Felai FX terbitan Sheunik Sdn Bhd.
Pelakon filem Adik Manja yang pernah mencetus fenomena sekitar 1980-an ini melahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk kembali aktif dalam lakonan sebagai sumber pendapatan menjadi kenyataan, selepas menerima tawaran berlakon daripada penerbit filem tersebut, Richard Ung.
Apa yang lebih menyentuh hati, anak lelakinya, Muhammad Al Syafiq, 36, turut diberi peluang untuk membintangi filem sama.
“Kawan saya yang juga penerbit Richard ini memang ‘gila’ sikit. Bila nampak saya terus ajak berlakon, kemudian dengan anak saya pun dia ajak sekali. Sudah lama saya tak berlakon, dulu mereka panggil ketika saya sihat, elok.
“Bukan macam sekarang ini, saya sudah tak berapa sihat. Bila tengah sihat okay sahaja. Sekarang saya tengah sakit memang tak boleh berlakon. Tapi masa saya berlakon untuk filem ini saya masih okay, boleh buat ‘stunt’ dan jayakan babak bergaduh.
“Tawaran untuk filem ini saya dapat pada 2023 dan penggambaran pun pada tahun itu juga ketika masih sihat. Cuma, baru-baru ini saya menghadapi masalah tekanan, lama-lama saya kurang makan macam-macam lagi penyakit datang,” katanya.
Dharma yang juga bapa kepada dua cahaya mata ditemui pada tayangan khas filem Felai FX di Panggung 1, FINAS, pada Khamis.
Menerusi filem itu, Dharma membawakan watak ketua kumpulan samseng yang terlibat dalam sindiket pelaburan mata wang asing.
“Dalam filem ini saya jadi ketua ‘samseng’ atau ‘mafia’ dan banyak jalankan urusan ‘forex’. Kemudian ada juga babak aksi seperti tembak-menembak.
“Kiranya saya jayakan watak antagonis dalam filem ini. Sebenarnya saya tak minat watak jahat, tapi sebab sudah terlalu lama tak berlakon, jadi saya ambil tawaran sebab memang ini minat saya dan ini juga diajak oleh kawan saya, Richard.
“Richard ini kawan lama saya tu sejak era 1980-an lagi, jadi nak tak nak, saya buat jugalah. Memang sudah lama saya tak berlakon sebab sebelum ini juga saya banyak terbabit di belakang tabir dengan produksi sendiri,” jelasnya.
Lebih daripada sekadar pekerjaan, penglibatan dalam filem ini menjadi satu bentuk terapi buat Dharma, yang mengubat kerinduannya terhadap dunia seni lakon yang sekian lama ditinggalkan.
“Memang dapat mengubat kerinduan saya walaupun saya terbabit untuk penggambaran ini hanya sehari sahaja. Memang sekejap sahaja penggambaran saya, datang pagi petang sudah habis, malam pula tak ada.
“Saya tak rasa ini sebagai pekerjaan, tapi perkara yang memang saya cinta, jadi bila dapat kembali memang mengubat kerinduan. Kali ini saya banyak terbabit dengan pelakon-pelakon saya tak berapa kenal kerana kebanyakan masih baharu,” katanya lagi.
Penerbit filem tersebut, Richard Ung, turut mengambil inisiatif membantu Dharma melalui syarikatnya, AMP Moves Sdn Bhd, dengan kerjasama Sheunik Sdn Bhd serta Teguh Setanding, menganjurkan tayangan khas Felai FX yang lebih bersifat kebajikan berbanding komersial.
Richard turut menjelaskan, tayangan khas itu diadakan bagi membantu Dharma bagi melunaskan tunggakan sewa rumah dan menampung kos sara hidup dua anaknya, termasuk seorang yang masih menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
“Saya tidak dapat berkongsi jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada Dharma pada majlis tayangan khas ini.
“Apa yang boleh saya beritahu, sumbangan itu cukup untuk Dharma keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang iaitu untuk bayar tunggakan sewa rumah dan kos sara hidup dalam tempoh tiga bulan sehingga anaknya menamatkan pengajian,” katanya.
Melalui inisiatif ini, Dharma turut menerima sumbangan wang tunai daripada syarikat produksi sebagai tanda sokongan dan keprihatinan industri terhadap insan seni yang pernah mewarnai layar perak suatu ketika dahulu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Riena Diana mengakui hasrat kekasihnya, Keith Foo untuk memeluk agama Islam tidak harus dilakukan hanya kerana mahu berkahwin dengannya.
Sebaliknya, dia mahu aktor berusia 42 tahun itu benar-benar memahami dan mendalami agama Islam secara ikhlas terlebih dulu.
“Saya tak mahu hari ini peluk Islam, esok kahwin. Saya mahu dia belajar dan kenal agama ini lebih dekat.
“Saya anggap ini perjalanan yang penting dan ikhlas,” katanya, petik BH Online ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025, baru-baru ini
Riena bagaimanapun bersyukur kerana Keith sudah menunjukkan minat terhadap Islam sejak sekian lama.
Pada masa sama, Riena turut memaklumkan Keith juga telah memberi kepercayaan kepadanya untuk memilih nama Islam yang sesuai.
“Saya sudah pilih nama Islam untuk Keith. Tetapi, kami belum sedia umumkan lagi,” katanya ringkas.
Sementara itu bagi Keith, dia mengakui sudah mula mempelajari asas-asas Islam sejak menjalinkan hubungan dengan Riena.
Malah, dia telah pun mempraktikkan beberapa perkara asas dalam agama dengan bantuan kekasihnya itu.
“Riena banyak bantu saya, ajar doa makan dan perkara asas lain.
“Saya sudah lama baca dan cuba faham mengenai agama Islam, bukan baru sekarang,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai soal perkahwinan, pasangan ini sepakat untuk tidak terburu-buru.
Mereka sebaliknya memilih untuk memberi keutamaan kepada kerjaya dan persetujuan keluarga masing-masing sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
“Kami percaya soal kahwin ni kena utamakan keluarga. Kalau mereka setuju, kami akan teruskan.
“Tetapi, sekarang kami sibuk dengan kerjaya. Doakan yang baik-baik,” kata Riena.
Untuk rekod, Keith dan Riena telah dicalonkan dalam kategori Selebriti Couple Goals Terhangat pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 yang akan disiarkan secara langsung di TV3, pada 3 Ogos depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak mahu terikut-ikut dengan trend pemasaran murahan yang mengaibkan, Zoey Rahman memilih untuk mencipta sesuatu yang berbeza dan lebih bermakna.
Demi memberi pengalaman interaksi yang segar kepada pengikut serta menyokong jenama barunya, Luna Clara, Zoey sanggup melaburkan hampir RM100,000 untuk membina sebuah studio siaran langsung yang lengkap dengan konsep mini mart dan café berjiwa retro pastel.
“Jom main masak-masak sambil packing parcel. Itu idea yang terkeluar dari kotak fikiran saya sewaktu memikirkan bagaimana bentuk interaksi dan cara marketing berbeza yang perlu saya lakukan untuk jenama terbaharu, Luna Clara,” katanya.
Zoey berkongsi, idea tersebut bukan saja menarik perhatian ramai, bahkan membuatkan penonton menganggap studio itu dihasilkan menggunakan teknologi seperti green screen atau AI.
Hakikatnya, semua props yang digunakan adalah sebenar dan dibina dengan teliti demi mencipta pengalaman ‘live’ yang lebih jujur dan seronok.
Selepas kejayaan Mikaseries selama hampir satu dekad, Zoey kini melancarkan pula Luna Clara, jenama berfokus pada penjagaan badan.
Namun kali ini, Zoey mengambil pendekatan berbeza bukan dia sebagai wajah utama jenama tersebut, tetapi seseorang yang sangat istimewa.
“Untuk Luna Clara saya tak mahu ke depan. Tetapi biarlah ratu hati saya yang menjadi daya penarik.
“Insya-Allah sikit masa lagi saya akan umumkan siapakah ‘ratu hati’ yang saya maksudkan itu,” katanya lagi.
Bagi Zoey, dunia bisnes bukan sekadar jualan dan strategi, tetapi juga tentang nilai, persiapan masa depan dan keikhlasan dalam berkongsi.
Zoay pada masa sama yakin bahawa kejujuran, kreativiti dan kerja keras tetap menjadi asas paling kukuh untuk kekal relevan dalam dunia keusahawanan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikritik kerana dikatakan kurang popular dan tidak memiliki aura untuk menggalas watak sebagai hero, pelakon Firdaus Karim tetap bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan pihak produksi dan stesen TV untuk membintangi drama Doa Yang Terlindung.