“Biarkan Orang Nak Cakap Kat Belakang Kita”- Izzue Islam

Share

Menerusi entri terkini pelakon Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar bersama isterinya, Awin Nurin.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah meluahkan rasa perasaan menerusi entri tersebut.

Izzue akui, dia dan isteri sering menerima kritikan negatif daripada netizen.

“Takpelah b, biarkan orang nak cakap2 kat belakang kita tu. kita teruskan je langkah kita dgn bismillah. Semoga Allah lindungi kita ya, Aminn 

@awinnurin,” tulisnya.

Lantas, perkongsian bintang drama Patahnya Sebelah Sayap itu telah menjadi perhatian peminat.

Rata-rata peminat juga turut memberikan kata-kata semangat kepada pasangan ini.

Terdahulu, Izzue dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

Foto: Instagram Izzue Islam

IKLAN