Terkejut MH bila melihat laporan sebuah portal hiburan baru-baru ini yang mengupas kisah cinta berputik Ahya Rosli, seorang pelakon, model dan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ketika berada di Makkah.

Jika sebelum ini semua sedia maklum tentang hubungan Ahya yang sering dikaitkan dengan pelakon dan penyampai radio, Zulin Azin tiba-tiba selepas pulang menunaikan Umrah, Ahya dikatakan semakin rapat dengan penerbit Datuk A.Aida.

Melalui satu temu bual bersama mStar, Ahya memberitahu dirinya dia langsung tidak mempunyai masalah tentang jarak umur kira-kira 17 tahun.

“Perbezaan umur bukan masalah, ia hanya perbezaan pengalaman sahaja. Cuma tentang anak itu perlu juga difikirkan,” katanya.

Beza 17 Tahun, Ahya Rosli Akui Sedang Mengenali Hati Budi A. Aida

IKLAN

Malah, Ahya akui dirinya kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi A. Aida sejak mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

Apabila ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan A. Aida, dia menjawab wanita itu punyai sifat positif, penyayang dan baik dengan keluarganya.

“Dia seorang yang positif, kuat bekerja dan penyayang. Dia juga baik dengan keluarga saya.

“Kami sudah kenal lama tapi sejak pergi umrah bersama-sama baru betul-betul rapat. Boleh dikatakan kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” jelasnya lagi.

Apapun jika benar apa yang dimaksudkan kami doakan yang terbaik buat mereka berdua dan berkekalan jodoh.

IKLAN

Beza 17 Tahun, Ahya Rosli Akui Sedang Mengenali Hati Budi A. Aida

Beza 17 Tahun, Ahya Rosli Akui Sedang Mengenali Hati Budi A. Aida

IKLAN

Beza 17 Tahun, Ahya Rosli Akui Sedang Mengenali Hati Budi A. Aida

Beza 17 Tahun, Ahya Rosli Akui Sedang Mengenali Hati Budi A. Aida

SUMBER: mStar 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI