“Betullah Jodoh Pertemuan Ni Rahsia Tuhan,” – Berkenalan Dengan Jejaka Labuan, Sheera Iskandar Sedang Dilamun Cinta?

Share

Pelakon, Sheera Iskandar ada memuat naik beberapa keping foto ‘direct message’ yang diterimanya daripada seorang jejaka menerusi media sosial Instagram.

Bintang berusia 36 tahun ini dilihat sedang berkongsi detik awal perkenalan bersama dengan jejaka tersebut yang berlaku sekitar dua tahun lalu.

“How it all started. Dikejarnya kita semata mata nak beritahu yang dia ada DMed kita di IG. Kita ni dah lah memang jarang sekali check DM.

“Betul lah jodoh pertemuan ni rahsia tuhan. Tak di sangka sangka jodohku ada di Labuan. Eh rhyme pulak ),” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira apabila melihat pelakon drama bersiri Gerak Khas The Finale ini sedang bahagia seperti sedang dilamun cinta.

Pada masa yang sama, peminat juga mendoakan agar segala urusan Sheera dipermudahkan.

Sebelum ini, Sheera atau nama lengkapnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdullah Harun pada Ogos 2015 namun telah berpisah pada hujung tahun 2018.

Foto: Instagram Sheera Iskandar

IKLAN