“Betullah Bidadari Itu Wujud,” – Sama Cantik, Peminat Puji Wajah Ibu Chacha Maembong!

Share

Pelakon Chacha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.

Bintang pelakon berusia 23 tahun itu telah berkongsi gambar swa-foto bersama ibunya.

“Mama #ccm #livelifetothefullest,” tulisnya ringkas.

Kongsi adik kepada pelakon Emma Maembong itu mendapat perhatian daripada peminat.

Menjengah di ruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat memuji wajah ibu Chacha yang kelihatan cantik dan jelita.

Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, malah ibu Chacha kelihatan sangat bergaya dan ‘stylo’. Betul tak?

Foto : Instagram Chacha Maembong

IKLAN