Eh betul ke ni? MH ada terbaca dalam satu portal hiburan yang mengatakan Fazura dan Fattah bakal bernikah malam ini di sebuah hotel mewah yang terletak di Kuala Lumpur.

MH difahamkan, wartawan bertugas telah berada di hotel tersebut sejak jam 6 petang tadi dan mendapati pengurus kepada pelakon jelita itu turut berada di tempat yang sama.

Malah beberapa pengawal beribadi juga dikatakan berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Jujur kami kagum betul dengan kesungguhan wartawan yang bertugas tetap setia untuk melihat apa yang terjadi sekitar kawasan tersebut.

Wartawan tersebut turut memberitahu sepanjang mereka di sana, mereka terlihat dua orang lelaki sedang membawa pakaian pengantin berwarna putih turquoise. Mereka telah diiringi oleh pengawal untuk menaiki lif ke tingkat 29.

Malah, melalui pemerhatian mereka, terdapat dua individu berpakaian baju Melayu dan kurung yang lengkap mengikut tema warna seperti pakaian pengantin yang dibawa sebentar tadi berjalan di sekitar lobi.

Kemudian, pasangan tersebut telah disambut oleh seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan di bawa ke tingkat yang sama.

IKLAN

Menurut wartawan tersebut lagi, mereka percaya tingkat tersebut hanya boleh masuki dengan kad akses.

Hmmmm… sesuatu sangat! Adakah benar ‘Fattzura’ bernikah malam ini? Sama-sama kita nantikan update daripada mereka.

Nah #MHBelanjaGambar pertunangan mereka…

IKLAN

Betul Ke Fattah, Fazura Nikah Malam Ni?

IKLAN

Betul Ke Fattah, Fazura Nikah Malam Ni?

Betul Ke Fattah, Fazura Nikah Malam Ni?

Betul Ke Fattah, Fazura Nikah Malam Ni?

Betul Ke Fattah, Fazura Nikah Malam Ni?

SUMBER: mStar Online

GAMBAR & VIDEO : Rizmanruzaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI