Episod ‘main-main cinta’ di antara pelakon Ruhainies dan pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid yang hangat diperkatakan ketika ini. Bagaimanapun ia bukanlah seperti apa yang disangka peminat.

Kata Ruhainies ketika dihubungi MH, hubungan di antaranya bersama atlet berusia 21 tahun itu tidak lebih daripada berkawan sahaja. Belum terfikir untuk ke fasa serius memandangkan fokusnya ketika ini hanyalah pada komitmen kerja.

Pada masa sama, Ruhainies juga tidak menafikan perkenalan di antara mereka berlaku menerusi media sosial dan dia ada menerima jambangan bunga yang disampaikan Safawi menerusi pembantunya, Faizal.

IKLAN

“Betul Apa Yang Safawi Cakap, Kami Hanya Kawan Sajalah,” – Respon Ruhainies Bila Dikata Main Cinta Dengan Safawi Rashid

IKLAN

“Pada awalnya, kami hanya kenal menerusi media sosial. Saya bukanlah ‘melayan’ semua orang. Ada ketika saya tidak sempat membalas mesej yang diberikannya dulu. Tetapi apabila dia macam ada kesungguhan untuk kenal, saya rasa tidak salah pun untuk berkawan.

 

“Memang dia berikan bunga. Saya anggap itu sebagai salam perkenalan. Tidaklah sampai tahap mahu bercinta. Sama seperti kawan baru lainnya juga. Fokus saya sekarang hanyalah pada lakonan. Masih banyak yang perlu saya capai, daripada memikirkan hal cinta. Biarlah saya capai cita-cita dulu sebelum fikir hal lain,” kongsi Ruhainies jujur.

Ditanya apa pandangan terhadap reaksi atlet tersebut menerusi sebuah portal, pelakon Jejak Karmila ini tidak cepat melatah. Sebaliknya dia mengakui apa yang jelaskan Safawi adalah benar.

IKLAN

“Betul apa yang Safawi cakap. Kami hanya kawan sajalah. Tak lebih daripada itu, sebab kalau diberi pilihan pun saya inginkan lelaki yang matang di dalam perhubungan. Serta yang paling penting, faham kerja saya sebagai pelakon yang rutin kerjanya tidak menentu.

 

“Sebab itulah saya kata, kalau boleh memang saya mahu fokus kerjaya saja. Bimbang nanti kalau ada kekasih, tak tahu nak beri fokus yang mana satu,” seloroh Ruhainies.

Foto: Faizal, pembantu Ruhainies

https://www.instagram.com/p/BlSbOBjH3GJ/?hl=en&taken-by=ruhainies7

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI