Beto Kusyairy & Nadhir Dalam Satu Gambar, Peminat Puji; “Patutlah Lakonan Mantap, Sifu Dia…”

Share

Perkongsian Juara Hero Remaja 2020 yang kini bergelar pelakon, Nadhir Nasar, 27 di Instagram menjadi sorotan para peminatnya.

Di dalam hantaran foto yang kini menerima lebih 62,000 tanda suka itu, rata-rata memberikan komen menyifatkan kualiti lakonan mereka berdua.

“Small catch up one with my brother, guru and mentor,” tulis Nadhir di ruangan kapsyen.

“Patutlah gaya lakonan mantap, sifu dia Beto memang kaw lah!

“Yas, mas two fav malay actors.

“Otai and future otai.

“Patutlah acting padu.

“Wow my favourites in one frame, so cute lah both of you guys,” komen sebahagian netizen yang teruja.

Dalam ruangan komen sama, Beto turut memberi respon balas dengan mengatakan dia merupakan ‘abang’ yang cukup berbangga melihat perkembangan kerjaya Nadhir kebelakangan ini.

“.. & a proud brother I am,” tulis Beto.

Sekadar info, Beto dan Nadhir sebelum ini pernah digandingkan dalam sebuah teledrama berjudul Abah yang ditayangkan pada hujung tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN