Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ada berkongsi nasihat bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerus posting tersebut, Rozita atau sinonim disapa telah berkongsi gambar dia bersama dengan adik-beradiknya.
Pemilik nama lengkap, Rozita Abu Bakar ini pada masa sama ada memberi nasihat yang sangat berguna kepada wanita di luar sana yang gemar pernampilan seksi.
“Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya.
“Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung di atas apa neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungannya.
Ads
“Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang … pedihnya tidak terkira. .#sekadarberkongsi .Salam jumaat buat semua ..
“Semoga kami berlima adik beradik perempuan akan begini satu hari nanti insyaAllah.. amin ..
Pelawak dan penyampai radio, Shahrol Shiro awal semalam ada berkongsi beberapa keping foto sekitar lawatannya ke sebuah hospital di Kluang, Johor sebagai mengisi aktiviti kebajikannya sempena Ramadan.
Menerusi paparan foto yang dimuat naik, bintang tersebut dilihat turut mengagihkan ole-ole buat pesakit.
“Mungkin ada yg sedang sedih dan berduka..Apalah kiranya kita membawa kegembiraan pada mereka.
“Terima kasih semua yg bersama program pembahagian Lemang dan Rendang di Hospital Besar Kluang.. Yang tu lemang bukan segulung ijazah tau,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap dan usaha murni Shahrol dan team di dalam sinar keceriaan buat pesakit dan tak kurang yang membayangkan Shahrol tak ubah seperti ‘Yang Berhormat’.
Semuanya gara-gara penampilannya mengenakan baju batik yang lazimnya dikenakan ahli politik.
Menerima ‘lamaran’ dari golongan lelaki menerusi mesej untuk menjadi menantu, penyanyi Nourul Depp mengakui dia rasa keliru sama ada lamaran tersebut diluahkan kepadanya atau anak, Ayu Nazirah.
Akan tetapi, lamaran yang diterima ditolak mentah-mentah anak gadisnya yang berusia 21 tahun itu.
Malah, lamaran tersebut membuatkan penyanyi Kerana Terluka ini terhibur.
“Kami tak larat nak gelak. Ni nak meminang kami ka, nak meminang anak kami ? Hahahaha.
“Kami tau lah kami nampak dua beradik (acewah mak dia perasan muda) hai awak. Saya takutlah awak hahahaa .
“Jangan main main chek oi. Sat lagi bapak dia pendekar johor tu naik angin sat lagi kami tak tau.
“Tu belum lagi pendekar perancis keluaq. Hahaha.
“Tapi manis lah adik ni. Tak tau dia minat mak ayu ka, atau ayu ahhahaha. Mai lah jaid anak angkat. Toksah jadi menantu. Ayu bagi jawapan kata fail sebab panggil mak dia “awak” hahahahha.”
Jelas bintang ini lagi, dia berharap agar pemuda ini tidak berputus asa biarpun lamaran ditolak
“La ni no senang sungguh. Zaman cyber. Nak mengorat kat twitter kat ig kat fb. Nak mintak anak dara orang pun mesaage direct mak anak dara hahahaha comey hang ni adik oi. Qeja programmer. Not bad! .
“Jangan kecewa tengok jawapan @ayu_ace ya. frust dia sat lagi. Jangan terjun bangunan na . Anak kami biasa ja na. .
Menerusi entri terkini penyanyi Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar majlis perkahwinan bersama isterinya yang dikenali sebagai Awin Nurin.
Kongsi Izzue, dia dan isterinya kini telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.
Oleh itu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah memberi ucapan dedikasi sangat ‘sweet’ buat isteri tercinta.
“Wahai Peneman Hati, saat pertama kali dahimu kucium, itu adalah yang paling indah yang tertanam dalam hidupku.
“Terlalu banyak dugaan yang kita tempuh untuk menikmati saat indah di hari ini.
“Bukan sedikit pengorbanan yang kita lakukan demi mengejar secebis kebahagiaan yang kita impikan.
“Siulan mulut orang kita pekakkan, malah tali ini semakin erat terikat. Happy 7th Anniversary @awinnurin 2013 – 2019”tulisnya.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...