“Bestnya Sudut Tu, Macam Library,” – Ruang Belajar Yusuf Iskandar Curi Tumpuan, Ramai Cadang Hanis Zalikha Buat House Tour!

Share

Pelakon dan hos, Hanis Zalikha ada berkongsi foto kandid yang merakamkan anak sulungnya, Yusuf Iskandar menjalani sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) beberapa hari lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, isteri kepada pelakon, Hairul Azreen itu berkongsi sesi pembelajaran anaknya yang pertama untuk tahun ini.

“Yusuf Iskandar, first day of (online) school at home, 2021,” tulis Hanis menerusi ruangan kapsyen.

Di dalam perkongsian tersebut, Yusuf dilihat menjalani pembelajaran secara online di sudut bacaannya tersendiri yang dilengkapi dengan kerusi, meja dan pelbagai bahan bacaan.

Malah, versi video turut dikongsikan pasangan selebriri ini menerusi IG TV pada akaun Instagram anaknya itu.

Sementara itu pada sisipan Insta Story, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi rutin sebelum Yusuf mengikuti kelas dalam talian.

Bagaimanapun melihat ke ruangan komen, ada wargamaya yang rupanya turut teruja melihat bilik Yusuf yang luas dan disifatkan tak ubah seperti berada di dalam sebuah perpustakaan.

Malah, ada juga di antara mereka yang meminta Hanis untuk melakukan house tour bagi melihat sendiri dekorasi indah kediamannya seisi keluarga.

Dalam pada itu, posting berkenaan sudah pun mendapat lebih 165,000 tanda suka bersama-sama ratusan komen yang ditinggalkan.

IKLAN