Usahawan dan bintang Indonesia, Tya Arifin baru-baru ini ada menitip dedikasi buat anak-anaknya, Arif Jiwa,2 tahun dan Azzahra Jiwa, 3 minggu.
Dedikasi tersebut dikongsikan Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin di Instagramnya berserta bebebrapa keping gambar.
“Ibu tak tahu, seberapa beruntungnya Ibu memiliki kamu. Bercerita, tertawa dan bersenda gurau adalah hal terindah yang kita lakukan sebelum tidur. Simple. Tapi bermakna.
“Coba saja, dirimu tetap menjadi makhluk kecil seperti ini.. Belum ada kesibukkan untuk hidupmu nanti. Tapi tak mungkin.
“Yang mungkin, hanya doa agar dimanapun kamu nanti berada, kamu masih ingat hal indah yang pernah kita habiskan bersama,” tulisnya.
Berkongsi artikel Berita Harian, pelakon Faezah Elai mengakui lebih tenang hidup tanpa dunia glamor.
Katanya seperti yang dipetik, kesibukan rumah tangga dan perniagaan produk kecantikan sudah cukup membuatkannya tidak menang tangan.
Namun, antara punca utama dia lebih senang menyendiri daripada dunia lakonan adalah kerana kritikan melampau netizen.
“Rasa dh bertahun tahun tk masuk paper ?? maklumlah suam2 kuku ?
“Lg elok tk glamour,nk mkn roti canai tepi parit ka tepi jln ka,senang sapa pon tk kenai.. Ni hakak dok diam qernyeh mcm kerang busuk pon ampa kata hakak buat muka..
“Parah dh org melayu kita ni,sembang pasai agama ulama pon kalah,bila bab fitnah mengata org,syaiton pon angkat bendara surrender,” tulisnya.
Usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri merakam momen indah apabila anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi kini sudah pandai berjalan.
Berita gembira itu dikongsikan Aliff menerusi Instagramnya.
“Korang mcm mana happy x tgk anak korang pandai jalan?@yusoffalqardawi_terlajaklaris dah pandai jalan walapun baru 10bulan
“Dah lama abah x excited mcm ni bila tgk anak pandai jalan…dia punya happy mcm dapat durian runtuh!! ada kawan korang muka mcm yusof tak?? cere tag kawan korang tu,” tulis Aliff.
Meski masih bertatih, namun Yusof,10 bulan kelihatan gembira dan teruja apabila dia berjaya melangkah beberapa tapak.
Yusoff yang juga pernah merangkul gelaran Anugerah Cilik MeleTOPdibantu kakaknya, Qadejah El-Zehra atau mesra disapa Cess.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 200,000 tontonan dan dihujani ratusan komen.
Untuk rekod, Aliff mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 10 bulan.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Terdahulu, Shahida hamil anak kembar tetapi disebabkan pendarahan yang dialaminya menyebabkan kemungkinan salah satunya keguguran.
Video : IG Aliff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Noorkhiriah baru-baru ini ada memuat naik sekeping gambar dan kapsyen di Instagrammya.
Menerusi entrinya, Khiriah telah memberi amaran kepada netizen yang meninggalkan komen berbaur kesat.
Secara tidak langsung,akan disekat oleh Khiriah sendiri.
“Korang berhak meninggalkan komen yang menyakitkan dan akak berhak gitau..yg tak sedap dibaca maaf akak block..& korg pun berhak nak block akak..takdak hal..mmasing punya ig..
“Akak taknak tercetus perbalahan di sini..kalu korg rasa kita saudara seislam..memoleklah tinggalkan komen..bab soal jawab soalan..akak mmg jawab seikhlas hati..takde propa2..ffeling lentok sana sini..suka,tq..tak suka..leh jalan cari rumah lain..
Dalam pada itu, Khiriah nampaknya bagaikan ‘naik hantu’ apabila ada pihak yang mahu meminjam wangnya dan dia turut pernah rasa ditipu.
“Mulut akak mmg mcm bertih..hbs sesedap je nak pinjam 3k..ingt duit ni daun..kutip tepi jalan..hati2 yg meninggalkan komen korg tk kena leh la korg cakap..adikbadik akak pun xde nk minjam..akak dh puas kena tipu..
“Org minjam janji nak bayar..haram sampai skrg tk bayar2..lagi satu pda yg DM nak pinjam rm..buktikn tlebih dahulu..
“Ni gmbr dp tlompat2 tapi gitau hidup susah sebatang kara..dik idup jgn nak menipu lari semua keberkatan..usaha..usaha..kalau akak cite susahnya akak dulu takde sapa yg percaya…selagi punya nyawa..usaha..inshaAllah berhasil..
“Jangan wat naya orang,nak berlagak..berlagaklah dengan hasil titik peluh sendiri bukan menipu sanasini..sonok idup cmtu?..sekian #akakgeram,” tulis Khiriah.