Dalam dunia arus permodenan masa kini, fesyen memainkan peranan penting bagi setiap individu tanpa mengenal usia, latar belakang dan jantina.
Tambahan pula, fesyen merupakan konteks yang luas bagi setiap individu untuk tampil berkeyakinan tinggi.
Baru-baru ini, beberapa keping gambar telah tersebar di media sosial apabila seorang model Muslimah yang tampil berhijab, namun gaya fesyennya itu menjadi buah mulut ramai.
Ads
Gambar tersebut melihatkan model yang dikenali sebagai Rafidah telah memuat naik gambarnya itu di akaun Instagram. Lalu, rata-ratanya memberikan komen pelbagai.
Tampil mengayakan skirt paras lutut berona hijau muda paras peha, namun bahagian kaki yang jadi ‘titik tumpu’ apabila dia mengenakan stokin berwarna kulit (skin socks).
Ads
Ads
Tidak kurangnya, ada juga netizen yang kurang bersetuju dengan pemakaian tali pinggang yang dipakai model tersebut.
Foto : Instagram Rafidah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap terkenal, Altimet telah berkongsi kegembiraan di akaun Instagramnya apabila dia berjaya menyelesaikan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menerusi Instagramya itu, dia telah memuat naik sepotong video Boomerang beserta kaspyen.
“Harini aku berjaya settlekan PTPTN aku, memang lega rasa! Nak bayar macam2 cara ada, siap ada diskaun lagi haaa..
Jom tunaikan tanggungjawab untuk yang generasi muda kita pulak ah guys!,” tulisnya.
Tambahan pula, penyanyi lagu Bunga itu telah membayar secara tunai pinjaman PTPTN berjumlah RM26,000 di cawangan PTPTN Kuala Lumpur.
Serentak dengan itu, netizen turut memuji kesungguhan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad melangsaikan pinjaman tersebut.
Altimet,40, sebelum ini mengikuti pengajian di Universiti Perubatan Antarabangsa dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan.
Apa-apa pun, MH ucapkan tahniah kepada Altimet dan dapat dijadikan contoh buat generasi muda.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’, itulah situasi yang sesuai buat bakal pengantin, Mhd.Husni Fadhil yang tidak dapat menahan sebak mendengar berita mengenai penerbangan Lion Air JT-610 yang terhempas Isnin lalu.
Perasaan sedih itu turut dikongsikan Husni di Instagram kekasihnya, Meryy Ulyanda yang tidak kesampaian untuk memperisteri pramugari berkenaan, April tahun depan.
“Setiap sujud ak salalu mendoakan kamu sayang,ak memohon dan berharap kpd Allah untk satukan kita,Sampai kmu menjadi penyemangat hidup aku dan untk cita cita kita bersama kedepan,Kmu ingin jadi istri aku dan aku pun ingin kamu menjadi ibu buat anak kita nnti,tapi Allah berkehendak lain,stiap langkah dan tujuan ak selalu memohon kpda Allah untuk bisa bersama kmu kembali untk kita kedepan..
Kamu hrus kembali bulan april 2019 kita akan lamaran sayang kamu kembali ya sayang..
Gk ada seorang pun yg bisa menggantikan kmu sayang.bagai mana keadaan mu ak akan tetap trima kmu apaadanya,”tulisnya.
Selain itu, Husni turut berkongsi kenangan bersama arwan Meryy di Instagram yang pastinya membuatkan ramai yang sebak.
Tampil dengan sebuah lagu raya berjudul Huru Hara Raya, gabungan penyanyi Mohd Mentor dan Zwen Superchild menjadikannya sebagai satu hadiah khas buat peminat yang...