Ketika pertama kali memuat naik gambarnya berpenampilan sopan dan bertudung labuh di Instagram sekitar Ogos tahun lalu, pelakon jelita Izara Aishah menarik perhatian peminat dan warganet sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah mula bertudung.
Ketika itu, pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011 ini terus mencetuskan tanda tanya apabila dia turut menutup ruangan komen di posting tersebut.
Lebih menguatkan spekulasi, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini bertindak memadam semua gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram.
Penghijrahan Izara Di Sambut Baik Peminat!
Ads
Penghijrahan pelakon berusia 31 tahun ini yang tampil sopan dan bertudung labuh mendapat reaksi positif di kalangan warganet yang turut gembira dengan perubahannya.
Menurut menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.
Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan. Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.
Ads
Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri.
Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Ads
Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mereka dikurniakan seorang puteri bernama Irisa Alaia.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi, Aisha Retno tidak menafikan lagu baharu, Samudera yang mengetengahkan dialek Kelantan dan tradisi makyung adalah lagu termahalnya setakat ini.
Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, berkata ia termasuklah kos daripada peringkat proses produksi lagu sehinggalah kepada pembikinan muzik video.
“Daripada segi kewangan, iya ini lagu yang paling mahal kerana pembikinan muzik videonya turut menggunakan kos yang tinggi, termasuk soal produksi selain saya kini sudah bergerak secara sendiri.
“Sementara daripada segi penciptaan lagu itu sendiri pula, saya tidak boleh nak zahirkan bagaimana nilainya.
“Cuma apa yang boleh saya katakan, ia karya yang mahal kerana saya hasilkan lagu ini dalam tempoh seminggu. Mahu dalami apa itu tradisi makyung, berguru apa semua. Tapi syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” katanya.
Aisha berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Samudera & Aisha Retno Malam Sutera Live In Concert 2024 di The StarHill, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aisha juga menolak gelaran sebagai Ratu Etnik Kreatif Malaysia selepas tampil dengan beberapa karya genre sedemikian sebelum ini.
“Saya takut… bukan saya nak tolak gelaran itu tapi bila orang tanya, saya akan kata belum layak lagi sebab masih lagi baru, hanya ada tiga lagu yang bergenre tradisional yang disulam dengan rentak moden.
“Apa yang saya boleh katakan, insya-Allah kalau ada rezeki saya mahu hasilkan album tradisional-moden. Dari situ kita lihat macam mana sebab saya pun masih lagi mencari genre yang selesa dengan saya,” katanya lagi.
Mengulas mengenai kritikan pendengar susulan dialek Kelantan yang digunakan menerusi Samudera, Aisha menjelaskan dia juga mempunyai darah keturunan Pantai Timur memandangkan ayahnya berasal dari Besut, Terengganu.
“Ramai yang tak tahu sebenarnya saya ini orang Besut. Bapa saya berasal dari Besut jadi saya mahu menghormati budaya Kelantan juga dengan penghasilan lagu ini. Tak sangka pula lagu ini mencetuskan kritikan yang baik dan sebaliknya.
“Saya ada tengok komen ramai yang tahu saya orang Jawa tapi tak tahu saya juga ada ‘half’ Kelantan. Jadi jangan risau, saya ada darah Kelantan dan saya buat lagu ini untuk tarik peminat di Pantai Timur.
“Sebab saya tidak menafikan dari segi demografik ramai lagi orang di Pantai Timur yang masih belum mengenali saya.
“Jadi melalui lagu ini mungkin boleh sedikit sebanyak mempengaruhi mereka untuk mendengar lagu saya.
“Malah dalam masa sama saya mahu tarik peminat di Indonesia dan juga di sini, saya mahu perkenalkan dialek Kelantan dan juga seni makyung,” katanya lagi.
Aisha juga mengakui dia tidak fasih untuk bertutur dalam dialek Kelantan, tapi mencuba untuk menyampaikan dengan baik selepas belajar dengan bapanya.
“Sebenarnya saya tidak berapa fasih berdialek Kelantan, saya ambil masa dalam dua bulan untuk belajar dengan ayah. Agak ‘struggle’ sebenarnya nak belajar dialek Kelantan sama seperti saya ‘struggle’ belajar bahasa Jawa.
“Tapi saya mendapati dialek Kelantan lebih unik selepas mendalaminya dan ia boleh digunakan untuk seni. Tapi saya perlu cakna dan saya peka sebagai seorang artis dan dalam masa saya kena teroka lebih lagi dan berhati-hati,” katanya.
Lagu Samudera ditulis dan digubah sendiri Aisha bersama Glowrush dan Shanekennedy dan naskhah ini berkisarkan mengenai Cik Siti Wan Kembang dan serba sedikit berkait dengan kisah perjalanan Aisha dalam industri muzik tanah air.
Dalam perkembangan lain, Aisha kini sedang sibuk membuat persediaan untuk mengadakan konsert sulungnya, Malam Sutera Live In Concert pada 16 November 2024 di Zepp Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, perjalanan konsert setakat ini berjalan lancar walaupun sekarang saya sudah bergerak sendiri, tapi saya risau juga dalam masa sama.
“Saya lebih takut dengan kesihatan saya, sebab untuk acara pelancaran ini pun saya hilang suara selama dua hari. Namun alhamdulillah ia sudah kembali baik.
“Apa pun, saya anggap peluang mengadakan konsert sebagai satu kurniaan rezeki yang sangat besar. Setakat ini, proses persiapan berjalan dengan lancar dan jualan tiket juga sekatat ini sudah lebih 50 peratus,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
“Perceraian itu berlaku secara paksaan dan berlaku depan mata saya.”
Demikian kata penyanyi Datuk Nora Ariffin sebagai mengulas sepotong video dia diceraikan bekas suami, Dr Rushdi Ramli di yang dimuat naiknya di akaun Instagram pada Ogos lalu.
Menceritakan semula detik itu, Nora mendakwa, bekas suaminya itu menerima satu panggilan telefon yang meminta untuk menceraikannya.
“Ketika kejadian, kami baru selesai solat Subuh dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya.
“Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun saya tahu siapa yang memberikan ‘arahan’ itu.
“Disebabkan terlalu emosi saya merakam situasi itu lalu memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya,” katanya.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BSYNCLIVE, Kuala Lumpur, hari ini.
Nora bagaimanapun mengakui tindakannya berkongsi video tersebut di media sosial adalah satu kesilapan dan sudah memohon maaf kepada pihak yang terbabit.
“Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional.
“Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya. Ia berlaku di luar kawalan saya.
“Sebenarnya tujuan saya kongsikan video itu hanyalah untuk menjelaskan status terkini saya. Cuma saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.
“Tetapi saya sudah memohon maaf kepada bekas suami dan dia sudah memaafkan saya. Dia tahu apa keadaan masa itu dan sekarang ini hubungan kami baik-baik saja,” katanya lagi.
Ditanya mengenai bilakah usia perkahwinan yang dibina bersama bekas suami, Nora memberitahu, biarlah perkara itu menjadi rahsia antara mereka.
Terdahulu pada 12 Ogos lalu, Dr Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.
Namun Nora menjelaskan, perceraian itu berlaku sebelum tarikh video tersebut dimuat naik.
Malah selepas video berkenaan menerima reaksi ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.
Namun video berkenaan sudah dipadamkan di akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan komposer, Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Selepas itu, Nora mengumumkan sudah Kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan di sekitar hujung tahun 2021.
Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ratu Rock Negara, Ella berbangga apabila lagunya, Standing In The Eye Of The World kekal menjadi pilihan masyarakat pelbagai kaum di negara ini, khususnya setiap kali menjelang Hari Kemerdekaan.
Ella atau Nor Zila Aminuddin, 57, berkata, dia bertuah kerana memiliki sebuah karya yang malar segar sekali gus dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.
“Lagu ini baik untuk saya malah juga percaya untuk kita semua juga dalam menyuntik semangat. Liriknya juga cukup bermakna.
“Jadi sudah tentulah saya rasa bangga sebagai anak Malaysia dan pada masa yang sama bersyukur kerana karya saya diangkat,” katanya.
Ella berkata demikian ketika ditemui di sejurus Sidang Media Usanita Fest di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lagu Standing In The Eye Of The World merupakan lagu yang dilancarkan bersempena dengan Sukan Komanwel di Kuala Lumpur 1998.
Ditanya momen ketika merakamkan lagu ciptaan Wah Idris dan Habsah Hassan itu, Ella akui ia mempunyai keunikan tersendiri.
“Bukan saya karya malah muzik videonya juga cukup istimewa sebab ketika itu, jalan ceritanya mengenai semangat kesukanan dan perjuangan. Melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa.
“Teruja bila dapat tahu mengenai jalan ceritanya. Saya kata ‘bestnya!’. Ketika itu produksi juga melibatkan semua bangsa. Memang sesuai lagu itu ditujukan untuk kita, rakyat Malaysia.
“Awalnya masing-masing dengar muzik yang masih ‘raw’ dan kita mahukan penambahan misalnya ada elemen bunyi kompang, muzik budaya kita dan bunyi ‘international’,” katanya lagi.
Selain Ella, Amir Masdi turut menyampaikan beberapa buah lagu menerusi acara Usanita Fest Kita Merdeka itu.
Usanita Fest menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau, bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak yang sarar dengan aktiviti menyemarakkan jiwa merdeka.
Majlis sama telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya , Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Abdul Hamid Shaikh, Pengarah Urusan, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd bersama CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Encik Nazli Saad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.