“Bertengkar, Terasa Hati Jangan Cakaplah,” – Syatilla Buka Cerita, Tiap Kali Nak Keluar Produk Adik-Beradik Mesti Gaduh, Tapi…

Share

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mendedahkan jenama maskara yang diusahakan bersama adik-beradiknya di bawah jenama Kekasih by The Melvins, sudah pun enam bulan berada di pasaran.

Mengakui bukan senang untuk mendapatkan hasil terbaik, isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui bersama Syifa, Syida dan kakaknya, Syafiqa Melvin.

“Dah 6bulan mascara #hijabmatakekasih launching tapi sampai harini duk obses xhabeh lagi.

“Hanya kmi berempat saja yang tahu mcmana struggle susahnya nk dapatkan formula yg terbaik.

“Bergaduh, bertengkar, terasa hati jgn cakap lah. Setiap produk nk keluar mesti gaduh! Tp lepas tu ok balik. Adik beradik kan, air dicincang takkan putus.

“Kalau org luar mulut jahat mungkin boleh putus, tpi bukan dgn adik beradik.

“Setelah ber round2 test, hantar kilang then kilang hantar balik lepastu pulangkan balik kat kilang, sampi puas hatiZ Boleh tengok sendiri laa result kt bulu mata mcmana bila pakai, hmm terbang weh!,” tulisnya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengumumkan mengenai kejutan yang bakal dibuat menjelang Syawal nanti.

“Untuk raya dengar cerita lagi MEWAH look dia!Tunggu #satukekasihcukupke #bulumatabetoi @kekasih_hq,” tulis Syatilla.

Foto: Instagram Syatilla Melvin

IKLAN