Pelakon, Elfira Loy mengimbau kembali kenangan sewaktu melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini sudah genap mencecah usia lebih dua tahun.
Menurut pemilik nama lengkap Nurul Elfira Loy, dia bertarung nyawa selama 10 jam sewaktu melahirkan permata hatinya itu secara normal di bilik bersalin.
Pada masa sama, pelakon berusia 27 tahun ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang anak sangat baik.
“2 years ago , Mommy bertarung nyawa 10 jam dalam labour room nak tunggu Rayyan keluar.
“Happy birthday my sweet baby boi , Muhamad Rayyan Khalaf , seindah nama , anak yang sangat baik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan dan mendoakan agar Rayyan menjadi seorang anak yang soleh di ruangan komen entri berkenaan.
“besar pahala mommy @elfiraloy . happy 2nd birthday rayyan!,” titip peminat.
“Happy birthdayyyy rayyan! Moga jadi anak yang soleh buat mak ayah Amin,” tulis lagi seorang wargamaya.
“Pengalaman paling indah. Hepi beday anak,” tulis peminat.
“Happy birthday little one soooooo Cute Prince of mommy n daddy.moga yg baik 2 saje utk mu duhai anak,” titp lagi seorang netizen.
Imbas kembali, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Okay Je Jadual Elly Mazlein Sibuk Sepanjang Tahun; “Dia Tak Pernah Mengadu Apa-Apa.”
Boleh dikatakan tahun 2023 merupakan milik selebriti versatil, Elly Mazlein.
Masakan tidak, pelbagai tawaran kerja datang menerpanya sehingga membuatkan dirinya kini sibuk dan laku keras sehingga penghujung tahun ini.
Mengulas mengenai penerimaan suami, Elly menyatakan dia berasa cukup bertuah dikurniakan pasangan yang sangat memahami kesibukan kerjanya.
“Jadual saya sampai hujung tahun 2023 dah penuh! Alhamdulillah, rezekikan. Saya tak kisah, berlakon ke mengacara ke atau menyanyi, semua itu sumber pendapatan. Saya terima dan susun sebaiknya.
“Suami saya seorang yang sangat memahami tugas saya serta memberi sokongan penuh atas perjuangan saya ini.
“Lagipun suami saya tidak pernah mengadu apa-apa pun.
“Sejujurnya, ada masa saya rasa penat juga, namun bila kita terima respons yang positif daripada peminat kita, ia jadikan kita bersemangat untuk memberi lebih lagi,” katanya kepada MH.
Berkongsi lanjut mengenai tips rumah tangganya dengan suami, Elly berkata komunikasi merupakan kunci utama kepada keharmonian hubungan mereka.
“Bagi saya komunikasi itu penting dalam sesebuah hubungan untuk kekal stabil dan kukuh.
“Saya dan suami, kami akan sentiasa berkomunikasi berkenaan semua perkara yang berlaku kepada diri kami.
“Perbincangan setiap hari itu penting bagi kita untuk kekalkan hubungan yang kuat dan harmoni,” katanya lagi.
Terbaharu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, bakal menggalas tugas sebagai pengacara program Big Stage 5 yang akan memulakan siarannya pada 7 Mei ini.
Untuk info, Elly berkahwin dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 33, pada 18 Januari 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Haider Mateen yang kini berusia dua tahun.
Elly turut mempunyai seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 8, menerusi perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Nyanyi Dari Dulu Sampai Sekarang,”- Jatt (Black Dog Bone) Mula Rasa Gementar Andai Kena Nyanyi Lagu Rap
Program realiti hiburan fenomena, Gegar Vaganza Musim Ke-6 (GV6) kembali lagi dengan para peserta yang hebat dan mantap.
Misalnya, peserta Tahir Ali atau lebih dikenali sebagai Jatt (Black Dog Bone) merupakan antara peserta GV6 dan dia menjadi peserta paling senior musim ini.
Jatt, 63 tahun mendedahkan bahawa dia pernah menerima tawaran GV semenjak musim kedua lagi.
“Saya telah terima tawaran ini semenjak GV2, GV3 dan GV4. Tapi ketika itu, saya terpaksa tolak secara baik kerana sibuk menyanyi di kelab.
“Apabila mereka (pihak produksi) menghubungi saya dan saya juga sudah berbincang dengan team saya.
“Sekali gus, mereka memberi ‘green light’. Jadi, saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Akui sedikit gemuruh untuk bersaing bersama rakan selebriti yang mempunyai keunikan suara tersendiri, Jatt akui agak sukar buat dirinya andai perlu menyanyikan lagu bergenre rap.
“Saya takut saya akan diberi tanggungjawab untuk membawa lagu rap. Saya tak pernah nyanyi lagu sedemikian dari dulu sampai sekarang.
“Buat masa sekarang ini, saya tiada spesifik lagu rap yang saya boleh bawa dan insyallah saya akan cuba untuk mencari dan mencuba nyanyi rap sekiranya perlu, ” katanya yang sudah biasa membawa lagu rock, zapin dan asli tradisional.
Pada masa sama, bintang Singapura ini juga yakin program ini banyak memberi impak positif kepada para peserta dan peminat.
“Program ini bukan sahaja nak lihat kita nyanyi dalam genre muzik yang biasa kita bawa, sebaliknya mereka mahukan sesuatu di luar kotak untuk melihat persembahan-persembahan yang jarang atau tak pernah kita lakukan,” katanya optimis. FOTO
Jatt ditemui di The Gardens Mall, Mid Valley baru-baru ini selepas perkenalan 13 bintang GV yang bakal berentap pada 13 Oktober ini (Ahad).
“Apa yang menarik minat saya untuk menyertai program ini kerana dari awal lagi program ini diadakan, saya lihat kita dapat bertemu rakan-rakan lama yang muncul kembali dan membuat persembahan.
“Seronok apabila bersama rakan-rakan artis yang lain dalam satu pentas. Itu merupakan satu kelebihan dalam program ini.
“Saya sudah bersedia dan hanya ikut sahaja seperti pihak produksi mahukan,” jelasnya bersemangat.
GV6 bersiaran langsung pada 13 Oktober ini (Ahad) di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) yang menampilkan peserta seperti Sham (Visa), Roy, Ameer (Sofazr), Hardy Mirza, Naqiu (Boboy), Wann, Mazlela, Feeza, Noorshila Amin, Nurfatima, KOOL dan One Nation Emcess.
Minggu pertama konsert, bintang senior ini mendapat markah tertinggi di kalangan juri iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap dan Ella yang diundang sebagai juri jemputan iaitu 84.67 peratus
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Merupakan Pengalaman Baru Saya Kerana…,” – Persembahan Maya 360 Darjah ‘Siti Nurhaliza X HotKool’ Kini Di YouTube
Sejak 3 Julai lalu, industri muzik Malaysia kembali meriah apabila figura muzik tersohor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melancarkan album terbaharunya, ManifestaSITI2020.
Selepas suram dilanda situasi ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 yang membadai dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyekat aktiviti seni, kemunculan album penyanyi yang mesra disapa Dato’ Siti ini datang tepat pada waktunya bagi merancakkan kembali dunia seni.
Album yang mendapat makluman positif daripada pendengar muzik tempatan itu, bukan sahaja mendapat sambutan hangat di platform digital malah album fizikalnya juga laris dijual.
Sempena pelancaran album ini juga, penyanyi ini menjayakan sebuah konsert interaktif dalam talian, Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool, pada 21 Julai 2020 lalu.
Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool merupakan hasil kolaborasi di antara Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM.
Konsert ini turut didukung oleh Unifi sebagai rakan penyiar rasmi dan Donna sebagai rakan media rasmi.
Konsert yang menelan kos perbelanjaan hampir RM180,000.00 ini mengambil inspirasi daripada konsert dalam talian yang pernah dianjurkan di Korea dan Thailand sebelum ini.
Menggunakan aplikasi sidang video Zoom, konsert interaktif dalam paparan 360 darjah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, sekaligus menjadikan Dato’ Siti sebagai artis pertama yang terlibat dalam konsert dalam talianberskala besar.
“Konsert ini hanya memberikan akses terhad kepada 500 peminat terpilih menerusi peraduan yang dijalankan oleh radio rasmi Hot FM dan Kool FM, rakan media Donna serta menerusi laman media sosial Dato’ Siti dan Universal Music Malaysia.
“Walaupun peraduan tersebut mendapat sambutan hangat peminat, tetapi disebabkan kekangan jumlah maksimum penonton yang dibenarkan oleh aplikasi Zoom, kami hanya boleh memilih 500 orang sahaja.
“Namun begitu, ianya masih dikira sebagai skala besar kerana kejayaan memaksimumkan jumlah penonton untuk konsert dalam talian seperti ini, boleh diumpamakan kita berjaya memenuhkan satu panggung,” jelas Ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar.
Sementara itu, Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali berkata Konsert maya tersebut telah memberi satu pengalaman baru kepada penonton dan pendengar Hot FM dalam dunia digital.
“Malah peminat yang bertuah dapat berinteraksi bersama penyanyi nombor 1 Malaysia walaupun tidak berada secara fizikal di situ.
“Idea Konsert maya seperti ini mungkin boleh diteruskan lagi bertepatan dengan kemajuan teknologi digital masa kini,” katanya.
Manakala Ketua Program Kool FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan menjelaskan Kool FM telah memberi sebanyak 32 pautan akses sebagai hadiah kepada pendengar bertuah bagimenyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X Hot Kool secara maya dan sambutan yang diterima daripada pendengar amat menggalakkan.
“Menerusi kerjasama ini juga,Kool FM telah menjemput Dato Sri Siti Nurhaliza ke studio Kool FM bagi mempromosikan album terbaru beliau iaitu ‘ManifestaSITI2020’,” jelasnya pula.
Mengulas tentang matlamat dan pengalaman beliau menjayakan konsert interaktif Manifestival Siti Nurhaliza X Hot Kool ini, Siti menambah ia merupakan kesinambungan daripada aktiviti promosi album ManifestaSITI2020.
“Pada masa sama, ini merupakan pengalaman baru saya kerana menjayakan sebuah konsert maya yang bersifat interaktif, peminat bukan sekadar boleh menonton persembahan saya dari rumah masing-masing tetapi mereka juga berpeluang berinteraksi bersama.
“Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan para peminat yang terpilih di layar Zoom dan ini mendekatkan kami walaupun Malaysia masih didalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya optimis.
Bagi peminat yang ketinggalan menyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool ini secara langsung pada tempohari, anda kini boleh menyaksikan video rakaman konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool yang akan dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 12 OGOS 2020 bermula daripada jam 7 pagi hingga 9 pagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI