Pelakon, Datin Almy Nadia bersama suami, Datuk Fizz Fairuz serta anak-anak telah selamat menjalani ujian saringan Covid-19 di kediamannya, hari ini.
Jelas Almy, mereka sekeluarga telah mengambil insiatif untuk menjalani ujian saringan tersebut atas dasar tanggungjawab dan keselamatan terhadap anaknya.
Selain itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur selepas disahkan negatif daripada wabak penyakit tersebut.
“Assalammualaikum minta baca semua
Syukur alhamdulillah kami dah settlekan tanggungjawab kami pd diri kami sendiri dan rasa tanggungjawab pada anak2..
“kami buat covid19 test dgn @kumpulan_megaklinik_zahran alhamdulillah syukur sgt sgt senang berurusan dgn @kumpulan_megaklinik_zahran happy walaupun si dak arianna nagis dr awal(mcm biasa la diakan kuat nagis)
“si adik2 semua ok ja.. happy sebab urusan swab test dgn @kumpulan_megaklinik_zahran sgt sgt senang mudah cepat,doc dgn nurse lembut ja,soft sgt sgt. Kami rekemen kat hampa semua buat dekat @kumpulan_megaklinik_zahran ..
“murah tauu nak di banding kan dgn tempat lain.. tq tq so much kak long abg long dr @kumpulan_megaklinik_zahran tq so much doc n nurse .. cc @kumpulan_megaklinik_zahran,” tulisnya.
Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014.
Pasanganini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai kisah seorang kanak-kanak yang telah ditempatkan ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bagi menjalani tempoh kuarantin selepas didapati positif Covid-19.
Menurut laporan Harian Metro, adik yang dikanali sebagai Mohamad Nor Atho’ullah, 11 ini telah menjalani tempoh kuarantin bersama abangnya, Nur Kamilatul Alifah Mohamad Kamal, 26.
Jelas Kamilatul, dia dan adiknya baru sahaja kehilangan bapa mereka pada malam semalam akibat serangan kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap empat.
“Kematian ayah tidak mengejutkan kerana doktor ada memaklumkan keadaan jantungnya yang berhenti seketika selepas melakukan rawatan dialisis malah beberapa hari sebelum meningggal dunia, dia (ayah) diberi ubat tidur tetapi ia tidak dapat menyelamatkannya,” katanya seperti yang dipetik.
Atas rasa simpati, para pesakit yang turut sama menjalani proses kuarantin di pusat tersebut sepakat melakukan pungutan derma buat Kamilatul dan juga Atho’ullah.
Lalu, ramai yang memberikan reaksi terhadap video yang diperkatakan itu, termasuk penyampai radio, Haniff Hamzah.
Menerusi video berkenaan, kanak-kanak tersebut dilihat telah dibawa mengelilingi pusat kuarantin tersebut sambil membawa beg buat mereka yang ingin memberikan sumbangan.
Aku tak setuju dengan perkongsian video kanak-kanak yang kehilangan ayahnya dikongsi begitu. Something happens to me don't u parade my child around like that.
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui turut berasa terkesan dengan musibah banjir yang melanda negeri Pahang sejak semalam.
Menurut Siti, dia juga berasa bimbang melihat perkembangan terkini keadaan banjir di negeri kelahirannya itu lebih-lebih lagi selepas mengetahui tahap kerosakan yang berlaku akibat bencana alam tersebut.
“Membaca berita, melihat paparan gambar dan video banjir di sana sini, jalan rosak, rumah dan bangunan tenggelam, banyak kemusnahan, kenderaan juga terkandas.
“Ada yang berlapar, tidak dapat meneruskan perjalanan serta tidak dapat bergerak ke mana-mana, keadaan banjir dan air naik dengan cepat, begitu membimbangkan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Kuasa Cintamu itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Siti turut menyeru orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban buat mereka yang terkesan akibat banjir teruk itu.
“Pada saat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar ujian ini dapat kita harungi bersama-sama.
“Doa, tenaga, huluran bantuan dan apa yang kita mampu, termasuk pihak-pihak berkuasa yang saya pasti sedang bertugas, semoga Allah permudahkan dan melindungi kalian,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Siti turut menitipkan doa buat seluruh rakyat Pahang terutama buat mereka yang tinggal di kampung halamannya di Kuala Lipis.
“Semoga hujan semakin reda, air juga akan cepat surut dan anda yang dalam perjalanan, dapat sampai ke destinasi dengan selamat.
“Semoga ibu, keluarga, orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati selain turut berharap agar banjir dapat surut dengan segera.
Terdahulu, menurut laporan akhbar Berita Harian, banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila 67 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan daerah setakat jam 6 petang semalam.
Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 3,122 mangsa daripada 868 keluarga kini ditempatkan di 67 PPS.
Di Raub, sebanyak 26 PPS dibuka, diikuti 11 PPS di Kuantan, Maran (8), Jerantut dan Rompin (6), Temerloh (5), Lipis (2) dan Bentong (1).
Sumber: Instagram CTDK & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...