“Bersyukurlah Bukan Kita Yang Sakit, Terpaksa Bersesak Dekat Hospital,” – Bosan Duduk Rumah? Faralyna Idris Minta Berhenti Merungut

Share

Pelakon, Faralyna Idris mengakui berasa amat bersyukur dengan kehidupan yang dijalaninya ketika ini meski pun tidak dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta.

Menurut Faralyna, segala yang berlaku ini adalah ketentuan daripada yang maha Esa dan sebagai umatnya kita harus sentiasa berdoa semoga keadaan negara kembali pulih seperti biasa.

“Not my first time raya tak dapat jumpa family. But my first time tak beraya with my husband. But its okay. If this is what He wants for us, it must be a good thing kan?
Sabar, percaya dan yakin pada Dia yang satu.

“Jangan kita cakap kita bosan duduk rumah. Jangan kita cakap kita bosan dengan kehidupan sekarang. Bersyukurlah bukan kita yg berada di tempat frontliners semua, yg tak boleh nak cuti beraya pon,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Faralyna turut menasihati semua pihak untuk tidak terlalu cepat merungut gara-gara terpaksa duduk di rumah kerana menyifatkan lebih ramai orang di luar sana yang terpaksa menanggung dugaan yang lebih berat.

“Bersyukurlah bukan kita yang sedang sakit, dan terpaksa bersesak dekat hospital. Bersyukurlah kita selesa di rumah dan terus berdoa untuk semua yang bertarung nyawa melawan kesakitan.

“Terus berdoa untuk mereka yang sedang struggle mencari rezeki dalam keadaan sekarang demi kelangsungan hidup.
Berdoa untuk semua frontliners kita yang tak putus asa dan terus menjalankan tanggungjawab mereka utk bantu kita,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Faralyna turut menitipkan kata-kata semangat buat para petugas barisan hadapan yang telah pun berkorban jiwa dan raga dalam menentang pendemik Covid-19 ini.

“Kami harap, semua frontliners terus bertahan dan kami akan terus jalankan tanggungjawab kami untuk terus #kitajagakita .

“Walau dimana pon kamu semua berada, Bonda Ayah dan sekeluarga mengucapkan..Selamat Hari Raya AidilAdha,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Faralyna Idris

IKLAN