Pelakon, Faye Kusairi ada meluahkan rasa sayang dengan berkongsi foto keluarganya bersama peminat di akaun Instagram.
Faye atau nama penuhnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memaklumkan kenangan dirinya bersama orang tersayang merupakan kenangan yang terbaik dalam hidupnya.
“Kenangan terbaik dalam hidup tidak dapat digambarkan dengan kata-kata atau gambar. Ia hanya dapat dirasakan dari hati dan minda akan mengimbau kembali kenangan sentiasa.
“Saya sangat bersyukur, benar-benar diberkarti dan bersyukur untuk apa yang saya ada dalam hidup. Alhamdulillah …,” tulis bintang televisyen ini.
Pelakon Puteri Aishah memanjat rasa syukur apabila dia disahkan negatif COVID-19, hari ini.
Perkara itu dikongsi bintang filem Pulang itu menerusi Instagram dan satu video pendek yang dimuat naik.
Selepas 11 hari menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB), Puteri Aishah menerusi video pendek yang dikongsi turut memberitahu dia sudah dibenarkan pulang.
“Allahu Akbar! Bila nurse Kak Zue cakap result Puteri NEGATIVE!! Puteri terus shaking satu badan rasa syukur happy sgt!
“Alhamdulillah Ya Allah, bersyukurnya! Lepas 11 hari dalam ward, di Hospital Sg Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dlm tghhari tadi nurse kata Puteri negative! U are free from covid
“Saya berjaya lawan covid! Alhamdulillah Syukur!,” tulisnya pula menerusi ruangan kapsyen.
Peserta Dewi Remaja sezaman Mawar Rashid dan Raysha Rizrose ini juga turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan.
“Terima kasih semua sbb doakan Puteri dan terima kasih yg teramat sgt kepada semua nurse dan doctor yg jaga puteri, rawat puteri selama di sini. I appreciate it lot! THANK YOU!,” ucap Puteri.
Lagu Setanggi Syurga yang pernah dinyanyikan kumpulan nasyid, InTeam lebih 16 tahun lalu kini dirakamkan semula dengan nafas baru yang lebih segar.
Versi baru single yang pernah dimuatkan menerusi album kumpulan berkenaan, In-Team ‘04 itu turut menampilkan penyanyi popular, Khai Bahar.
Kini disebut sebagai Setanggi Syurga 2020, syarikat rakaman 17Eleven Music bakal melancarkan Setanggi Syurga 2020 pada 21 April lalu bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
Muhammad Hazamin Harun yang juga anggota kumpulan Inteam berkata, kerjasama dengan Khai tercetus selepas kejayaan lagu Sesungguhnya, iaitu kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar tahun lalu.
“Selepas lagu Sesungguhnya kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar meletup pada Ramadan tahun lalu sehingga tular, kami melihat masih ramai sebenarnya yang merindui alunan lagu nasyid.
“Ditambah pula dengan kolaborasi lama dan baru menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan kepada peminat ketika ini.
“Maka dari situ kami mula merancang untuk membuat kolaborasi sedemikian. Disebabkan lagu ini mahu dilancarkan pada bulan Ramadan, jadi kami perlu mencari lagu yang paling sesuai,” katanya.
Menurut Hazamin, lagu Setanggi Syurga berbentuk munajat dan berkaitan dengan syurga.
”Memandangkan kami bercadang melancarkan kolaborasi ini pada bulan Ramadan, jadi kami memilih lagu berbentuk munajat dan berkaitan dengan Syurga ini.
“Kebetulan pula kami pernah melihat video Khai Bahar menyanyikan lagu ini dalam persembahan,” katanya.
Mengenai pemilihan Khai, Hazamin berkata penyanyi lagu HatiNyawa itu mempunyai karektor suara unik selain imej positif yang dimiliki.
“Kami melihat Khai kerana dia penyanyi yang berpewatakan sangat baik dan berimej positif. Tambahan pula dia banyak menyanyikan lagu ketuhanan.
“Dalam masa sama, Khai memang meminati lagu Inteam dan pernah membawa lagu kami dalam persembahan. Pendek kata, Khai sudah faham dan tahu mengenai lagu Inteam,” katanya.
Berbeza daripada lagu asal, Setanggi Syurga 2020 menampilkan susunan muzik dan cara nyanyian yang lebih matang.
“Lagu Setanggi Syurga 2020 ini menampilkan kelainan dari segi susunan muzik dan cara nyanyian juga. Muzik kali ini banyak menampilkan instrumen ‘live’ dan lebih bersifat akustik berbanding yang terdahulu. Susunan muzik dan cara nyanyian juga lebih ‘catchy’ dan matang.
”Insya-Allah, kami yakin lagu ini akan pergi jauh dan mendapat tempat dalam kalangan peminat Inteam dan Khai bahkan penggemar industri muzik tanah air keseluruhannya.
“Ini kerana lagu ini ada kekuatan tersendiri, ciptaan gandingan mantap komposer Isman Hijjaz dan penulis lirik Ito Lara yang pernah menghasilkan banyak lagu nasyid popular era hujung 90-an dan awal 2000,” katanya.
Dalam masa sama, Hazamin berkongsi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sekarang tidak menghalang mereka untuk terus mempromosikan lagu itu.
”Insya-Allah, kami akan menggunakan segala ruang yang di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.
“Kami juga akan mengadakan sesi siaran langsung di IG sempena pelancaran lagu di media sosial untuk merancakkan lagi promosi lagu ini.
“Selain itu, kami juga mungkin akan merakam video nyanyian lagu ini dalam versi PKP yang akan dirakam di rumah masing-masing,” katanya.
Selain Hazamin, Inteam turut dianggotai oleh
Mohd Syahril Abd Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.
Sementara itu, Khai pula menambah, dia teruja apabila pertama kali mendapat tawaran daripada Inteam sekali gus tanpa berfikir panjang menerima pelawaan itu.
“Pihak Inteam ‘approach’ saya dan sangat teruja. Tanpa fikir panjang saya terus terima. Kebetulan saya memang nak berkolaborasi dengan kumpulan nasyid antaranya Inteam. Terima kasih pada Inteam kerana beri saya peluang dan kepercayaan untuk bekerjasama.
“Sebelum ini, kami belum pernah bekerjasama. Kiranya, lagu ini adalah kerjasama pertama kami. Memang sangat teruja dan harap semua dapat terima dengan baik,” katanya.
Mengenai lagu itu, Khai mengakui Setanggi Syurga ada lagu kegemarannya.
“Ramai sudah tahu lagu ini. Ia sedap didengar dan antara lagu kegemaran peminat lagu nasyid dari dahulu sampai sekarang.
“Malah, ia juga lagu kegemaran saya. Jadi, bagi saya kenapa tidak untuk rakamkan lagu ini tapi dengan versi yang lebih segar,” akui Khai.
Menyentuh soal perbandingan yang bakal timbul membabitkan kolaborasi dirinya bersama Inteam dengan Raihan dan Alif Satar, Khai berkata perkara itu tidak seharusnya timbul.
“Saya sudah bersedia dengan apa juga maklum balas. Cuma bagi saya, tidak perlu dibandingkan.
“Sebab, untuk lagu sedia ada, yang sedap dan pernah dengar, jika diberi nafas baru ia akan menjadi satu kelainan. Jadi bagi saya, tak rasa akan ada isu perbandingan ini,” katanya.
Terdahulu, muzik video lagu Setanggi Syurga 2020 telah dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada Selasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio dan hos, Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Effendi mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan lelong amal sebahagian kasut miliknya khusus bagi membantu golongan memerlukan serta agihan topeng muka dan sanitiser buat barisan ‘frontliners’.
Menerusi rakaman video yang dimuat naiknya di IG TV, sesi berkenaan akan dilakukannya hari ini pada sesi IG Live.
Radin antara lain turut memberitahu, 100 peratus hasil jualan akan disalurkan kepada mereka yang terlibat dan dia turut akan mengadakan soalan kuiz dan pemenang akan diberi hadiah berupa wang ringgit.
“Assalammualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan & kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga.
“Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners.
“Lelongan Amal ini akan berlangsung esok, Isnin, jam 9 malam di Instagram saya. Saya bukan kaya, tapi saya pernah merasa tiada,” tulis Radin pada ruangan kapsyen.
Idea murninya itu turut mendapat pujian rakan dan sokongan tersebut disampaikan mereka menerusi ruangan komen pada entri berkenaan.
Foto: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...