“Bersyukur Kita Dapat Makan Macam-Macam, Sedap Beli Dekat Bazaar…,” – Iqa Mentor Sebak Tatap Nasib Warga Syria Saat Berbuka

Share

Iqa Nasra atau lebih sinonim dipanggil Iqa Mentor pernah menjadi protege Edry Abdul Halim menerusi program Mentor musim kelima ada berkongsi foto pilu di Instagram.

Iqa atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Noor berkongsi rasa apabila melihat nasib masyarakat Syria yang menyambut ramadan dalam serba kekurangan.

“Iftar in Syria . Setiap kali teringat diaorang, setiap kali aku sedih. Bersyukur lah kita dapat makan macam-macam , sedap sedap beli dekat bazaar, berbuka dgn keluarga Dan kawan kawan di masjid, kedai hipster dan restoren best.”

“Apa nasib mereka kat sana ya? Ada yang langsung takde makan untuk berbuka Dan sahur. Teringat pulak kat adik beradik yang dah meninggal.”

“Bayangkan tengah baru nak berbuka, bunyi bom dan Hujan peluru Allahuakbar . Lindungilah mereka Ya Allah. .”

“Siapa terbaca post ni please doakan buat mereka. Sumbanglah Berapa yang mampu.”tulisnya.

Di samping itu, penyanyi yang berusia 33 tahun itu juga turut menasihati kepada semua untuk sentiasa berasa syukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Kuasa kepada kehidupan kita semua.

Foto : Instagram Iqa Nasra

IKLAN