Seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud terharu dan bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan sebagai wajah wakilan jenama Avocake Pukis & Delight pada usia 63 tahun.

Bagaimanapun Fauziah yang sinonim disapa Ogy menyifatkan, amanah dan tanggungjawab ini hadir hasil profil kerjanya yang baik serta berkualiti sehingga mewujudkan keyakinan pihak klien.

“Sudah tentu saya sangat bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT, atas kepercayaan pihak Avocake Pukis & Delight terhadap saya.

“Pada saya, kepercayaan ini hadir apabila kita terus berpegang kepada prinsip berpegang teguh terhadap mutu dalam apa juga bidang yang dilakukan.

“Dalam erti kata lain, saya tidak akan berkompromi apabila ia berkaitan dengan mutu. Malah saya juga akan tunaikan apa yang saya katakan. Jika itu saya cakap, maka begitulah yang saya lakukan.

“Jadi mungkin daripada situlah, orang mula meletakkan kepercayaan itu. Misalnya hasil kerja Fauziah Ahmad Daud, kita sudah tahu bagaimana.

“Dia cakap, dia akan buat. Bagi saya pendirian sedemikian sangat penting,” katanya ketika ditemui pada majlis Jom Sepetang Bersama Ogy sempena pelantikannya sebagai duta jenama berkenaan yang berlangsung di UTC Seremban, Sabtu lalu.

Penerima dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia itu turut menegaskan, wang ringgit bukan segalanya apabila bercakap mengenai minat dan skop kerjaya.

Ads

“Sebelum ini pun saya pernah dilantik sebagai duta untuk beberapa jenama. Jadi secara langsung, saya sudah faham dan jelas terhadap ruang skop kerja sebagai duta.

“Bukan hanya anda ambil duit dan ‘posing-posing’, tidak. Kita kena turun padang, ambil tahu kerana anda mewakili pengasas di sebalik jenama untuk membantu kelangsungan jualan produk yang diwakili.

“Jadi terima tawaran menjadi duta bagi jenama ini kerana melihat kepada perancangan bisnes mereka yang tersusun dan saya bersetuju.

“Mereka mempunyai impian, cita-cita serta ada misi dan visi perniagaan, itu penting untuk saya. Bukan sebab bayaran semata-mata, saya bukan jenis begitu. Walaupun dalam seni lakonan,” katanya lagi.

“Bersyukur Dengan Nikmat Allah SWT,” – Kekal Relevan & Terima Kepercayaan Pada Usia 63, Ogy Ahmad Daud Sandang Amanah Jadi Duta “Bersyukur Dengan Nikmat Allah SWT,” – Kekal Relevan & Terima Kepercayaan Pada Usia 63, Ogy Ahmad Daud Sandang Amanah Jadi Duta

Ads

Bawa Hidangan Asli Indonesia Ke Malaysia

Sementara itu, Pengarah Urusan Avocake Pukis & Delight Sdn Bhd, Puan Shamsiah Yaakob, turut berkongsi inspirasi di sebalik penubuhan perniagaan tersebut.

“Menu yang kami bawa berasaskan makanan tradisional Indonesia. Idea ini tercetus ketika saya pernah mengajar sebagai pensyarah di sana.

“Saya jatuh cinta dengan hidangan dari Seberang seperti kuih pukis, sempo, bakso dan minuman avocado. Jadi saya belajar cara penyediaan dan usaha untuk memperkenalkannya di Malaysia.

“Menu sebegini adalah yang pertama di Malaysia. Kami juga mempekenalkan pelbagai variasi rasa pukis antaranya original, coklat, pandan, avocado dan beberapa lagi,” katanya.

Ads

Dalam pada itu, Shamsiah memaklumkan pihaknya akan membuka lebih banyak cawangan di beberapa lokasi termasuk di Melaka dan Lembah Klang.

“UTC Seremban menjadi franchise pertama dan beberapa franchise akan dibuka di beberapa lokasi lain.

“Insya-Allah Seremban akan ada tiga, di Kuala Lumpur dan di Melaka akan dibuka sebanyak empat franchise.

“Kepada sesiapa yang berminat untuk membuka franchise, sangat dialu-alukan dengan modal serendah RM42,000 sahaja untuk satu outlet.

“Pihak Avocake Pukis & Delight juga menyediakan kelas bagi proses penyediaan hidangan selain aspek pengurusan,” katanya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud terharu dan bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan sebagai wajah wakilan jenama Avocake Pukis & Delight pada usia 63 tahun. Bagaimanapun Fauziah yang sinonim disapa Ogy menyifatkan, amanah dan tanggungjawab ini hadir hasil profil kerjanya yang baik serta berkualiti sehingga mewujudkan keyakinan pihak klien 👍🏼 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Relaxing and calming acoustic music for everyday life(1543235) – namonight

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads