“Bersyukur Atas Kejayaan, Syabas Laikha,” – Meski Tak Dapat Hadiri Majlis Konvo, Ini Ucapan Bangga Zainol Macwilson Buat Anak Kedua

Share

Pelakon Zainol Macwilson menzahirkan rasa syukur apabila anak keduanya, Siti Zullaikha Macwilson telah pun tamat pengajian yang diduduki.

Meski tidak dapat hadir ke majlis graduasi kerana masih berada di Malaysia atas faktor semasa, Zainol bagaimanapun turut berbangga atas pencapaian puterinya itu.

“Allahuakbar! Al’hamdullilah! Ratu saya yg nombor 2 Nur Zulaikha Macwilson telahpun tamat pengajiannya di Curtin University, Perth Western Australia dlm bidang “Health Science” dan hari ini adalah hari konvonya, saya tak dpt hadir kerana saya masih kat M’sia.

“Apa-apa pun, saya tetap bersyukur pd Allah di atas kejayaan anak saya! Syabas Laikha. Lots of luv from me,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut menitipkan ucapan tahniah buat Zulaikha.

Sementara itu, Zahirah turut mengucapkan ucapan sama atas kejayaan yang diraih adik tersayang menerusi beberapa perkongsian di Insta Stories.

Foto: Instagram Zainol, Zahirah Macwilson

IKLAN