“Bersyukur Aku Dilahirkan Dalam Kelurga Sederhana, Diajar Untuk Hidup Susah…,” – Nadzmi Adhwa

Share

Tidak dinafikan, fasa hidup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan kepada segelintir pihak.

Bagaimanapun, pelakon, Nadzmi Adhwa tetap meluahkan rasa syukur kerana dibesarkan dalam kelurga yang sederhana dan telah diajar untuk hidup susah tanpa mengeluh.

“Benda paling aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, diajar untuk hidup susah, usaha sendiri without complain dan bertahan hidup hari ini, hari esok dan seterusnya,” tulisnya.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu di laman Twitter miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan respon rasa sama kerana turut melalui situasi serupa.

Terdahulu, Nadzmi telah mendirikan rumah tangga bersama Ardell pada tanggal 1 September 2019 dan kini sedang menghitung hari menanti kelahiran cahaya mata sulung.

Sumber: Twitter Nadzmi Adhwa

IKLAN