Hari ini merupakan tarikh bermakna buat pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza apabila mereka sah bergelar suami isteri tujuh tahun lalu.

Susulan itu, kedua-dua mereka memuat naik entri penghargaan buat pasangan masing-masing dengan ayat-ayat yang cukup romantis sekali.

“Hari ini , 7 tahun lepas & seterusnya. InshaAllah Amin, Happy anniversary suami. I love u,” tulis Memey.

Manakala Norman pula memuat naik video persandingan kedua mereka berserta ucapan penghargaan dan doa buat isterinya di ruangan kapsyen.

IKLAN

“Allah Ya Tuhanku yang menyatukan dua hati ini…Engkau tebarkanlah ke dalam hati kami perasaan kasih sayang antara satu sama lain sebagaimana Engkau satukan hati junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidatina Khadijah R.A untuk kami saling mencintai,menyayangi & saling menghargai hingga sampai ke syurgaMu…Aamiin Ya Rabb.

 

“SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-7 ISTERI…terima kasih kerana sudi menjaga segala keperluan diri ini dan anak-anak,memasak & menerima suamimu ini seadanya.

 

“Semoga terus setia menjadi makmumku hingga ke syurga ye cayang…I love U,” tulisnya.

Sementara itu, para peminat turut menghujani pasangan itu dengan ucapan ‘happy anniversary’ di ruangan komen.

IKLAN

Bersemut Ucapan ‘Anniversary’ Norman Hakim Dan Memey Suhaiza, Romantik Habis!

Bersemut Ucapan ‘Anniversary’ Norman Hakim Dan Memey Suhaiza, Romantik Habis!

IKLAN

Sebelum ini, Memey sah bergelar isteri dengan sekali lafaz pada tahun 2011 lalu. Pasangan itu juga dikurniakan tiga orang cahaya mata Muhammad Darwisz Hakim,5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 tahun dan Mikayla Delisha Hakim.

Selain itu, Norman juga mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim,15, Marissa Dania Hakim,13 serta Maria Danisha Hakim, 10 tahun.

Foto/Instagram: Memey Suhaiza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI