Amboi bukan main sweet lagi kedua pasangan sejoli ini. Seperti yang kita semua tahu, sejak hari pernikahan Fazura dan Fattah Amin sering mencuri tumpuan lensa kamera baik peminat mahupun media tempatan.

Dengan ekslusiviti yang dikawal ketat dan rahsia perhubungan mereka berdua lagi membuatkan apa sahaja yang dikongsi mereka semakin hangat diperkatakan.

Bersemut! Fattah Amin, Fazura Lakonkan Semula Babak Melamar!

Baru-baru ini MH ada terjumpa satu video bersemut tentang pasangan ini ketika di sebuah majlis yang dipercaya berlaku di Singapura.

Apa yang menarik, selain berkongsi cerita bagaimana detik perkenalan mereka. Malah, kedua-dua mereka melakonkan semula detik-detik paling bersejarah tidak dapat dilupakan.

IKLAN

Tercuit hati rasanya apabila Fattah bercerita bagaimana Fazura mengusiknya di set pengambaran pertama kali mereka bertemu dengan mengajaknya kahwin.

“First line Fazura ketika waktu itu, handsome lah awak ni jom kahwin! Can you imagine yang betul-betul sekarang kita berkahwin. Saya yang gementar waktu itu,” jelasnya.

Sebaik sahaja mereka berdua bercerita tentang detik perkenalan, pengacara bertugas terus meminta mereka replay semula bagaimana momen Fattah melamar Fazura.

IKLAN

Walaupun pada mulanya Fattah engan membuka cerita dan hanya ingin berkongsi video lamarannya ketika di majlis persandingan mereka tetapi Fazura berlembut hati untuk berkongsi bagaimana momen Fattah melamarnya secara general.

Bersemut! Fattah Amin, Fazura Lakonkan Semula Babak Melamar!

IKLAN

Menurut Fazura, Fattah telah melamarnya di sebuah restoran mewah dan sewaktu hari jadinya, malam selepas menerima 500 jambangan bunga dari Fattah Amin yang menjadi kontroversi suatu masa dahulu.

Malah, Fazura turut menambah Fattah melutut dan meminta dia menjadi isterinya. Sewaktu itu, dia memandang ke dalam mata Fattah dan terlihat masa depannya bersama Fattah. Awww so sweet!

Okay tak mahu dengar banyak cerita korang dengar dan tonton sendiri video yang sempat mereka rakamkan ini.

https://youtu.be/it1MEVoVS7M

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI