“Bersederhana Dalam Segala Segi, Itu Yang Dididik Oleh Suami Saya,” – Mila Jirin

Share

Penyanyi yang kini bergelar usahawan, Mila Jirin mahu hidup secara sederhana dan tidak terlalu mewah.

Baginya, kehidupan sedemikian adalah sesuatu yang indah bersama suami, Isz Mustapha dan anak,Arif Zikri.

“Bersederhana dalam segala segi, itu yang di-didik oleh suami saya @isz_mustapha. Suami selalu pesan “SEDERHANA itu MUDAH” – Betul! Sederhana itu INDAH..

“Saya pernah dengan 1 ceramah di youtube.

“Kepada isteri diluar sana, ayuh kita sama sama tunjukkan keperibadian yang baik kerana ia adalah cermin kepada siapa kah suami kita.

“Sudah semestinya kasih dan cinta kita buat suami, asbab itu perlihatkan lah kelakuan yang membuatkan suami mu bahagia apabila dipandang masyarakat.

“Walaubagaimana tinggi jawatan seorang isteri, Walau besar mana gaji isteri berbanding suami, suami tetap our TOP Priority yang perlu sentiasa dihormati dalam segala segi.

“Mudah wanita itu untuk masuk syurga, hanya dengan mentaati suami.. Mudah untuk dapat Redha Allah, dengan mendapat Redha suami.

“Rebutlah peluang kumpul pahala dan redha Allah sebagai isteri solehah.

“Buat diri ini yang jahil juga, moga dibimbing Allah untuk jadi Isteri Solehah. Cita cita semua wanita yang bergelar seorang isteri.

“Kejayaan seorang isteri adalah seorang suami yang sentiasa di sisi,” kongsinya panjang lebar.

Dalam perkembangan lain, Mila yang juga menguruskan industri perkahwinan gembira apabila kerajaan memutuskan bahawa majlis keramaian, khususnya majlis perkahwinan boleh beroperasi bermula Julai ini.

Bagaimanapun, Mila dan pekerjanya tetap mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan dengan mengamalkan norma baru.

Untuk rekod, Mila mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak, Arif Zikri yang kini berusia tiga tahun.

Foto : Instagram Mila Jirin

IKLAN