Bersalin Di Hospital Kerajaan, Ini Doa Rakyat Serta Penampilan Anggun Che Puan Khaleeda Raih Perhatian

Share

Terdahulu, berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut keputeraan putera kedua diperkatakan ramai menerusi media sosial. Malah perkata tersebut turut dimaklumkan menerusi Facebook rasmi dan Instagram.

Sementara itu, petang tadi telah diberitakan Che Puan Khaleeda Bustamam yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru telah dibenarkan pulang seterusnya perlu menjalani tempoh berpantang.

Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda turut menzahirkan ucapan terima kasih buat doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran permata hati ketiga.

“Syukur alhamdulillah, he is the best birthday gift. Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediatricians, my incredible doula @red_miller_midwife and everyone who was involved.

“I would also like to thank everyone who have prayed for me and my family’s well being. I don’t think I can thank you enough. Lots of love from us,” tulis Che Puan Khaleeda.

Malah, berita sama turut disampaikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instagram.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, pengguna media sosial turut merakamkan ucapan tahniah buat pasangan diraja berkenaan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda bernikah pada 2014.

Pasangan ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail sebelum selamat bersalin putera kedua.

Foto: Instagram Che Puan Khaleeda

IKLAN