Berpurdah & Jubah Serba Putih, Chacha Maembong Berangkat Tunai Umrah

Share

Selain Puteri Sarah, pelakon Chacha Maembong turut terbang ke tanah suci Mekah pada pagi Khamis untuk menunaikan ibadah umrah.

Pemergian Chacha atau nama sebenar, Siti Aisyah Ismail, 27, turut ditemani kakak dan abangnya iaitu pelakon Shikin Maembong dan Ahmad Maembong.

Memuat naik gambarnya lengkap berjubah serta manis bertudung dan berpurdah, Chacha memohon doa agar segala urusannya dipermudahkan.

“Bismillah, doakan segala urusan kami dipermudahkan,” tulis Chacha di ruangan kapsyen.

Rakan artis seperti Fify Azmi dan Aween Ismail turut mendoakan agar aktres itu mendapat umrah yang mabrur.

“Wow love sangat, semoga dipermudahkan Cha dan keluarga. Jaga diri di sana sayang,” tulis Fify.

“Semoga mendapat umrah yang mabrur Cha,” titip Aween.

Rombongan umrah Chacha dan Shikin turut ditemani anak tunggal Shikin iaitu Arianna yang merupakan cucu kepada Chef Wan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN