Baharu sahaja melangkah ke tahun baharu 2023, nama pelakon Riena Diana hangat diperkatakan netizen gara-gara imej seksinya menggayakan baju mendedahkan bahagian perut dan dada.
Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Riena atau nama sebenar, Nur Qamarina Zulreal memakai ‘crop tank top’ berona hitam selain turut mengucapkan ucapan selamat tahun baharu buat semua pengikutnya.
“Selamat tahun baharu semua,” tulis Riena ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi pemerhatian di bahagian komen, rata-rata warga maya tidak senang dengan imej seksi yang digayakan Riena.
Malah, tidak kurang juga ada yang menyindir Riena berhubung posting yang dimuat naiknya itu.
“Lain macam azam tahun baharu.
“Semakin seksi.
“Seksinya Lailer (watak Riena dalam drama Kampung People).
“Wow seksi sangatlah kak Riena Diana ni,” komen sebahagian netizen.
Terdahulu, Riena mengesahkan dia sudah putus cinta dengan jejaka dikenali sebagai Nik Afiq selepas empat tahun menyulam cinta.
Pelakon berusia 26 tahun itu bagaimanapun enggan berkongsi punca kehancuran hubungan mereka walaupun sebelum ini pernah membuat kenyataan bakal melangkah ke alam perkahwinan dengan jejaka tersebut pada tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Riena Diana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
My Events International dan Absolut Event & Management menerusi pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab bakal menganjurkan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) buat kali kedua yang berlangsung pada 14 hingga 17 April depan.
Teruja menantikan festival bersempena musim perayaan itu, pasangan Ben dan Nadiyah meluahkan rasa syukur apabila sokongan berterusan diterima barisan vendor setiap kali menganjurkan festival seumpamanya.
“Niat kami adalah untuk membantu sebanyak boleh peniaga. Kadang-kadang rasa ralat pun ada, bukan sahaja daripada perspektif bisnes tetapi juga kita kalau boleh nak lebih ramai peniaga turut ambil bahagian. Sebab itulah tahun ini kita buka lebih 200 ‘booth’ berbanding hanya 360 ‘booth’ sahaja tahun lalu.
“Kita nak tolong semua, tapi ia berdasarkan ‘first come first serve’ juga. InsyaAllah kalau selepas ini ada peluang, kami terbuka untuk menerima lebih ramai peniaga, sama-sama membantu kongsi rezeki,” kata Nadiyah.
“Sudah tentu bagi pihak kami, kami rasa teruja sebab sebelum kempen di media sosial, semua ‘booth’ sudah terjual. Malah rakan penaja pun ada tanya sekiranya ada peluang untuk kita buka lebih banyak ruang lain. Tapi kami juga perlu fikirkan soal persaingan barangan jualan.
“Nanti kalaulah ada produk jualan yang hampir sama, risau pulangan jualan vendor itu akan kurang. Sebolehnya kita mahu fikirkan yang terbaik untuk semua pihak. Terhadkan kepada jumlah ‘booth’ tertentu,” kata Ben.
Mereka pada masa sama berbesar hati atas sokongan rakan artis yang turut sama bakal memeriahkan festival yang bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu.
“Tahun ini kita target sekitar 2 juta pengunjung selama empat hari festival. Jumlah itu dikira secara realistik, belum lagi mereka yang datang dengan pengankutan awam, e-hailing dan sebagainya. Kita tak letak jumlah pengunjung merepek-repek, ia dikira secara konservatif.
“Tahun lalu sekitar 1.25 juta pengunjung. Jadi memandangkan ‘booth’ bertambah, secara langsung kita jangka akan lebih ramai yang hadir susulan pelbagai aktiviti menarik yang mengisi slot sepanjang festival seperti konsert, ‘money chamber’, dan sebagainya,” katanya lagi.
Berjalan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal, ABXGR23 bukan sahaja diadakan secara ‘indoor’ tetapi juga ‘outdoor’ dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai menu makanan khas untuk berbuka puasa dan sahur.
Pada masa sama, ABXGR23 tidak ketinggalan menghormati Ramadan dengan menjemput ilmuan tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan nasyid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz.
Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal.
Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif – Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council.
Antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka termasuk Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari.
Malah pasangan suami isteri Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan dijangka turut terlibat di dalam festival berkenaan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.