Usahawan kosmetik, Nur Sajat meluahkan rasa syukur kerana telah selesai menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya di tanah suci Makkah.
Turut sama di dalam rombongannya ke sana ialah ahli keluarga yang lain.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“Syukur Alhamdulillah, dengan berkat keizinan rombongan kami sekeluarga ke tanah suci makkah dan madinah, selesai sudah umrah kami sekeluarga di kota mecca.
”Saya sungguh terharu dan terasa diri ini kecil sangat sngat bila saya menjejaki kaki di sini,kerana bertapa indahnya ISLAM.
”Saya melihat kebesaran ALLAH S.W.T, kerana tidak pernah membezakan umaNya segi darjat,umur,wajah,jantina,kedudukan, warna kulit,atau perbezaan mazhab.
Ads
“Ternyata bila kita di sini,kita semua nya sama.menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah. Saya di malaysia selalu dikutuk, dihina, dicaci malah perbagai tohmahan di berikan kepada saya, saya hanya berdiam diri. Saya musafirkan diri saya, mungkin apa yang berlaku pada diri saya, saya anggap sudah tertulis menjadi insan bernama nursajat,” tulisnya.
Sajat pada masa sama turut bermuhasabah, selain berdoa agar umrah yang dilaksana mendapat umrah mabrur.
”Bila saya sampai di sini,saya berniat dalam hati..saya nak berbicara dengan Tuhan saya,bicara soal kejadian saya, kenapa saya di lahirkan begini?
Ads
“kenapa saya yang Allah pilih jadi macam ini?kenapa saya yang banyak di berikan ujian? Kenapa saya selalu dikatakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya? Kalau bergini kejadian saya dimuka bumi ini,kenapa ALLAH jadikan saya??
“Kenapa tidak pada orang lain? Tiada siapa yang hendak di lahirkan serba kekurangan.
Bila saya menjejak kaki di mecca,saya hati saya menjadi sayu, pandangan saya nampak luas, dan dada saya rasa macam tenang dan lapang sangat. saya pejam mata,bertakafur!
“Bila saya buka mata, saya melihat mak saya di sebelah..saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, walaupun saya macam ini, saya tahu diri saya dan jiwa saya adalah perempuan, saya bertuah kerana bukan semua orang terpanggil untuk mengerjakan umrah.
Ads
”Berlinang air mata saya, bahawa saya patut syukur dan saya dah dapat jawapan sebaik baik mungkin di sini.
”Sehina mana pun kita,sejahat mana pun kita,bukan kita sebagai manusia boleh menghukum sesama manusia,hanya Allah sahaja tahu di mana kita berada nanti ketika kita meninggal dunia.
”Terima kasih mak dan ayah,kerana melahirkan sajat..buat anak anak syaza dan syahmi,ummi sayang anak anak ini sampai ke syurga. Semoga kami sekeluarga mendapat umrah makbur di sisi Allah,” maklum Sajat panjang lebar.
Malah, Sajat turut memuat naik foto dan video sekitar ketika berada di tanah suci.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi yang tercetus melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bochey dan adik lelakinya, pelawak Ali Puteh.
Aliff, 33, menerusi sidang menjelaskan, dirinya turut bersedia untuk bertemu ahli keluarga Abam bagi menyelesaikan segala isu berbangkit berikutan perkongsian video live di Facebook miliknya, baru-baru ini.
“Di dalam situasi ini, saya amat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, tapi, saya tak nak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai.
“Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda ini berlaku dan tidak ada niat nak melagakan mana-mana pihak.
“Jadi saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah. Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta,” katanya.
Penyanyi Bobo Di Mana ini menjelaskan isu yang terkait menerusi satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara.
Jelasnya lagi, video yang dikongsikan di Facebook itu sebenarnya sudah mendapat persetujuan daripada Nor Hidayah untuk ditayangkan secara langsung di laman sosialnya.
“Selepas menjadi kecoh, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.
“Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri. Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja,” terang Aliff.
Pada masa sama, Aliff turut menunjukkan rakaman video perbualan dirinya bersama Hidayah yang memberikan kebenaran kepadanya.
Terdahulu, Aliff Syukri yang membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwah Abam, Nor Hidayah mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta.
Ekoran video yang dikongsikannya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai ‘binatang’.
Ali bagaimanapun memadam statusnya itu sebelum meminta maaf atas keterlanjurannya itu.
Pelawak itu sebelum ini turut melakukan sidang media bagi menjelaskan hal yang berlaku.
Ikuti sidang media penuh Aliff Syukri di sini;
#MHnews Sidang media Datuk Seri Aliff Syukri berkaitan kontroversi bersama Ali Puteh dan balu arwah Abam
Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon terkenal, Ashraf Sinclair yang telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pada 4.51 pagi, hari ini.
Pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina antara yang terkesan dengan berita tersebut.
Lalu bintang Puteri Gunung Ledang ini ada meluahkan rasa sedih atas permergian arwah Ashraf yang mengejutkan.
“Bangun untuk berita sedih hari ini. Ashraf Sinclair meninggal awal pagi ini akibat serangan jantung.
“Ashraf adalah salah seorang lelaki muda yang paling baik yang saya pernah jumpa. Sentiasa sopan dan rendah diri. Dia juga terkenal dengan etika kerja profesionalnya, tulisnya.
Selain itu, Tiara turut berkongsi perbualan terakhir bersama arwah di aplikasi ‘Whatsapp’.
Kongsi Tiara, dia pernah berbincang bersama dengan arwah untuk ujibakat muzikal Puteri Gunung Ledang yang dijangka bakal menemui penonton pada Julai depan.
“In one of our last WhatsApp messages to each other, we were even discussing him auditioning for #PGLmusical memang tak de rezeki.
“Ashraf yang paling disayangi, anda meninggalkan dunia ini terlalu lama. Kami telah kehilangan satu lagi cahaya muda yang berbakat dalam industri perfilman, dan ramai yang mengetahui dan menyayangi anda sekarang telah kehilangan kawan yang sayang.
“Simpati saya yang paling mendalam kepada @bclsinclair @aishahjennifer dan keluarga mereka.
“Semoga Ashraf tersenyum pada anda semua dari tempat yang istimewa di Syurga. Alfatihah,” tulisnya lagi.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.