Penyanyi Syamel menjelaskan lagu terbarunya berjudul Kau Pun Sama hasil ciptaanya sendiri dan Kidd Santhe tidak akan mempunyai gimik, sebagaimana yang pernah dibuat penyanyi lain sebelum ini.

“Ya memang betul sebelum ni saya ada mentioned nama Ernie dalam post di Instagram, tapi tu bukanlah gimik saya bercinta dengan dia, semata-mata nak promosi lagu ni, sebaliknya Ernie pun terbabit sama dalam pembikinan lagu tu,” katanya ketika majlis bersama media Raikan Malaysia bersama Astro di Astro All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil semalam.

Berlandaskan Bakat & Profesional, Syamel Say No Untuk Gimik Murahan!

Jelas bekas Akademi Fantasia musim 2015 itu, dia tidak mahu mencetuskan apa-apa gimik untuk menjayakan lagunya.

“Kalau boleh saya tak nak buat gimik ke apa ke semata-mata nak promosi lagu tu, saya buat berdasarkan kredibiliti saya sebagai seorang penyanyi yang professional dan matang,” jelasnya lagi.

Syamel telah menghadiri majlis bersempena dengan Raikan Malaysia bersama Astro turut berganding bahu bersama selebriti lain seperti Ernie Zakri, Zizie Kirana, Ara Johari, Fransisca Peter, Man Bai dan Nicole Hui menyanyikan lagu Setia sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos nanti.

IKLAN

“Saya selesa berkawan dengan Ernie sebab dia jenis yang friendly, kadang-kadang masuk air juga. Tapi itu tak bermakna saya suka dia. We just friends. Not more than that,” katanya kepada Media Hiburan.

 

“Kolaborasi dengan dia (Ernie) sebelum ni pun tak ada masalah sangat sebab dia senang nak komunikasi dan saya salute vokal dia yang sangat-sangat unik,” tambah penyanyi duet Aku Cinta itu.

Setakat ini, muzik video Kau Pun Sama telah mendapat 100,000 tontonan setelah dimuat naik empat hari lepas.

Majlis Raikan Malaysia bersama Astro itu diadakan untuk mempromosikan drama dan dokumentari berkaitan semangat patrotik sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti.

IKLAN

Antara drama dan dokumentari yang bakal disiarkan adalah Road to Nationhood, Sarawak Reclaimed, The Undeclared War, Gemilang 75, Dari Setinggan Ke Grand Slam dan The Amazing Malaysian Heroes.

IKLAN

Berlandaskan Bakat & Profesional, Syamel Say No Untuk Gimik Murahan!

Berlandaskan Bakat & Profesional, Syamel Say No Untuk Gimik Murahan!

Berlandaskan Bakat & Profesional, Syamel Say No Untuk Gimik Murahan!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI