Berlaku Ribut & Puting Beliung Di Ipoh, Didie Alias Harap Mangsa Terlibat Dalam Keadaan Baik & Selamat

Share

Orang ramai telah dikejutkan dengan khabar berita kejadian ribut dan puting beliung yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Ipoh, petang Ahad.

Kejadian tersebut telah mendapat perhatian, termasuk selebriti antaranya pelakon, Didie Alias.

Di samping memuat naik rakaman video situasi ribut berkenaan, Didie berharap kesemua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Masyaallah Kejadian puting beliung yang berlaku petang tadi di Tasek, Ipoh, Perak.

“Semoga semua penduduk sekitar berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan selamat. Kredit Video: Orang Awam,” tulisnya di ruangan kapsyen entri berkenaan.

Sekadar informasi, dianggarkan ratusan rumah di kawasan Kampung Tawas dan Taman Tasik Damai telah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut tersebut.

Rata-rata penduduk di Kampung Tawas kebanyakannya didiami oleh masyarakat berbangsa Cina.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Didie Alias

IKLAN