Berlaku Masalah Pendarahan, Isteri Deen Hot FM Disahkan Alami Keguguran – “Allah Sebaik Perancang, Ada Ujian Buat Kami.”

Share

Penyampai radio, Deen Hot FM berkongsi khabar duka apabila memaklumkan kandungan isterinya telah disahkan mengalami keguguran.

Perkhabaran sedih itu dikongsi oleh Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Jelas Deen, dia telah mambawa isterinya itu berjumpa dengan doktor pakar untuk membuat pemeriksaan setelah isterinya difahamkan ada mengalami masalah pendarahan pada Ahad.

“Hari jumaat hari tu sempat lari kejap beli hadiah hari ibu untuk @misswada tapi Allah sebaik-baik perancang.

“Ada ujian untuk kami. Semalam pergi klinik rupanya Wada miscarriage. Hari ibu yang bittersweet yet you still ada i dan Leia Zarra.

“We love you so much. Selamat berehat dan berpantang. You still the best mom in the world,” tulisnya.

Katanya lagi, dia akan tetap menyayangi isterinya itu walau apa sahaja rintangan yang berlaku.

Malah, Deen turut menyifatkan isterinya itu sebagai salah seorang ibu yang terbaik di dunia.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis berkongsi rasa duka selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Deen dan juga Isterinya.

Terdahulu, Deen dan isterinya, Siti Nur Warda Aminuddin telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 2 Disember 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Leia Zarra.

Sumber: Instagram Deen Hot FM

IKLAN