Selebriti terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila bakal berkerjasama dengan Airbnb menerusi penganjuran rumah terbuka pertama mereka bersempena musim perayaan ini.
Hos program Next To Neelofa itu kini menambah Hos Airbnb ke dalam ‘portfolio’ seninya sekaligus mengalu-alukan tetamu ke salah satu penginapan Airbnb kegemarannya yang mesra keluarga di kawasan luar bandar Selangor.
Neelofa akan mengehoskan penginapan ini bersama dua Superhos Airbnb tempatan, Susean dan Izu.
Menariknya, pada sesi berkenaan tetamu berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi selain mengamati keramahan hos-hos mereka, termasuk sesi masakan hidangan khas Raya yang diilhamkan daripada salah satu resipi keluarganya.
Terletak kurang dari satu jam dari Kuala Lumpur, Sekebun Bunga menawarkan percutian bertemakan alam semula jadi yang indah untuk tetamu beristirahat dan mengeratkan silaturahim dengan orang tersayang.
Vila ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang selesa dan satu dapur yang serba lengkap, dikelilingi hutan yang subur dan aliran sungai yang mendamaikan.
Neelofa berkata, sambutan Aidilfitri pastinya menjadi momen bersama buat semua yang meyambutnya, termasuk dirinya sekeluarga.
“Raya merupakan masa yang paling penting dan bermakna buat saya dan keluarga. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi Hos Airbnb dan mengacarakan Rumah Terbuka Airbnb yang pertama di salah satu penginapan Superhos kegemaran saya di luar bandar.
“Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan tetamu suasana penuh kemesraan dan keramahan yang merupakan bahagian penting dalam perayaan keluarga saya sendiri, serta memasak bersama mereka,” katanya.
Sementara itu Pengurus Besar Airbnb Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj, berkata;
“Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan paling penting setiap tahun, dan kami tahu pentingnya mencari ruang yang sesuai untuk meluangkan masa serta meraikan perayaan ini bersama orang tersayang.
“Bersama Neelofa dan dua Superhos tempatan kami Susean dan Izu, kami berharap Rumah Terbuka pertama kami dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta dan menikmati detik terindah bersama orang tersayang,” katanya.
Sebagai info tambahan, Rumah Terbuka Airbnb akan berlangsung selama dua malam dari 20 hingga 22 Mei 2023 depan dan penginapan sekali sahaja (one-off) ini boleh memuatkan sehingga tujuh orang tetamu.
Tempahan dibuka bermula 15 Mei 2023 depan menerusi laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fazreen Rafi ada berkongsi cerita dan mengimbau kembali detik permulaan perkenalan bersama isterinya, Syarifah Marlina Ashikin.
Menerusi entri yang dikongsi di laman media sosial Instagram, pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu hubungan perkenalan itu terjalin selepas dia terjumpa ddngan isterinya di sebuah majlis, suatu ketika dahulu.
“Mlm nie dinner kt tpt 1st date faz dgn @symarlina dulu.. kenal wife faz time event cuci kereta dkt sacc mall faz wakil @mediahiburanofficial wife faz dara.com masa terpandang wife faz terus terpikat ooo bak kata org cinta pandang pertama.
“Nak tegur malu nk no phone apatah lg.. faz biarkan je masa berlalu sampai la masa dia nk balik bye2 semua faz pun bertanya lah, balik mana? dia ckp pantai dalam.. cantikkkk.
“Faz terus ckp char koay teow sana sedap, kita budak UM kan pantai dalam bangsar mid valley pj mmg tpt kita la.. terus faz ajak dia dinner n mintak no phone,” tulisnya.
Fazreeen pada masa sama turut menyatakan rasa sayang buat isteri yang masih lagi hangat seperti dulu.
“Kalaulah dia x bagi respond masa tue mungkin faz masih bujang lg sampai skrg kerana x mampu mengenangkan hidup tanpa dirimu.. cewah…
“Maka dr situ lah bermulanya bibit2 cinta yg menyatukan dua hati.. dan kini aku masih seperti dulu mencintaimu sepenuh hatiku.. eee nyampahnya baca… #poyo,” tulisnya lagi.
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Mohamad mendedahkan dirinya kerap memerima mesej-mesej berbaur kebencian di platform media sosial miliknya.
Menurut Hafiza, dia tidak akan memberikan perhatian terhadap mesej-mesej sedemikian dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Setiap hari saya terima beratus-ratus mesej-mesej kebencian daripada cyber troopers tegar. Alhamdulillah, saya tidak baca hanya terus tekan sekat dan padam.
“Kesian sebab mereka bersungguh menulis maki hamun mereka pasti penatkan,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh Hafiza menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Hafiza turut memaklumkan dirinya telah pun memaafkan semua pihak yang menghantar mesej kebencian tersebut.
“Tapi tidak mengapa, saya maafkan sebab mereka tidak tahu perkara lebih baik.
“Mereka seperti seekor lembu yang di cucuk hidung tetapi pastinya mereka sangat-sangat menghiraukan kami kerana mereka meluangkan banyak masa dan tenaga kepada kami,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Hafiza akui tersentuh kerana masih ada pihak yang menitipkan mesej-mesej yang baik dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
“Allah ilhamkan untuk terbaca DM sister ini.
“Allahuakbar ramai lagi insan-insan hebat yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir dan menjaga adab alhamdulillah
#KamiMaafKanSemua,” akhirinya.
Terdahulu, Hafiza kembali memuat naik perkongsian di Instagram setelah lama menyepi disebabkan Instagram miliknya
dinyahaktifkan.
Menerusi perkongsian itu, Hafiza memanjatkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan dan hanya Allah dapat membalas buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka.
Pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Trio dari Indonesia, Mendua, tidak menyangka mereka bakal meraih markah tertinggi pada konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Ahad lalu.