Berkonsep Romantik Percintaan, Ini Foto Indah Majlis Resepsi Ain Edruce Yang Luar Biasa!

Share

Pelakon dan model, Ain Edruce telah sah bergelar isteri kepada usahawan Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember lalu.

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce melangsungkan majlis resepsi yang berkonsepkan Romantik Percintaan itu diadakan di Magica Subang, Sabtu lalu.

Pelakon berusia 27 tahun ini turut berkongsi momen indah majlis berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

“#AINXXAMIRUL @the_calla did it again !!! Just like what i wanted.

“Thank you kepada semua yang hadir. We appreciate it so much.

“And paling penting kepada team2 yang terlibat. Thank you for making it happen.,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan agar mahligai cinta yang dibina oleh pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Saat disatukan sebagai suami isteri, Ain telah menerima wang mas kahwin sebanyak RM888 dan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Foto: Instagram Ain Edruce, The Calla

IKLAN