Uncategorized

Berkongsi Pengalaman Hamil Di Sebuah Akhbar, Vivy Yusof Terima Kecaman?

Share

Siapa yang tidak kenal dengan personaliti terkenal dalam bidang fesyen di negara kita, Vivy Yusof.

Baru-baru ini Vivy telah mengumumkan kepada semua menerusi Instagramnya bahawa dia kini sedang hamil cahaya mata yang ketiga.

Pengasas Fashion Valet ini juga ada berkongsi pengalaman kehamilannya untuk cahaya mata ketiga ini menerusi sebuah akhbar tempatan.

Namun begitu menurut perkongsian Vivy yang paling terkini, dia telah meluahkan rasa kecewa apabila perkongsian tentang kahamilannya di akhbar tersebut mendapat kecaman daripada netizen kerana ada segelintir daripada mereka mendakwa Vivy merupakan seorang majikan yang tidak memahami kesakitan semasa sedang hamil yang dilalui oleh pekerjanya.

Vivy berkata, komen-komen negatif yang diberikan kepadanya itu tidak adil kerana dia sebagai majikan sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan pekerjanya. Vivy juga turut memberikan waktu kerja yang fleksibel untuk setiap ibu dan satu hari cuti setiap bulan bagi meluangkan masa bersama anak-anak.

Katanya lagi, sebagai majikan dia akan sentiasa berusaha untuk memberikan layanan yang terbaik buat pekerjanya.

Panjang lebar tulisan Vivy di ruang kapsyen menjelaskan bahawa dia bukan seorang majikan yang kejam seperti yang didakwa oleh netizen.

Sumber: Instagram Vivy Yusof

IKLAN