Tidak dinafikan, ada sesetengah posing yang dibuat naik selebriti, Zarina Anjoulie akan mendapat perhatian di kalangan pengguna media sosial. Terkini, figura itu ada memuat naik beberapa entri yang membayangkan mengenai suami yang mahu curang terhadap isteri. Bagaimanapun, Zarina tidak pula memberitahu siapakah individu yang dimaksudkan.

Beberapa jam lalu, wanita itu ada memaklumkan dia rasa sakit hati apabila ada suami yang seakan kedekut dengan isteri.

“Apa yang buat aku sakit hati is aku pernah kahwin juga dan kena macam ni. Jantan-jantan ni kalau dengan bini kat rumah kedekut nak belikan bag, bawa pergi shopping, facial jauh sekalilah.

 

“Berkira beli spender kena tunggu koyak rabak baru la boleh tukar. Tapi kalau dengan perempuan dia nak gatal, bukan main campak duit, motif??,” tulis Zarina menerusi entri yang di muat naik.

“Berkira Beli Spender Kena Tunggu Koyak Rabak Baru La Boleh Tukar. Tapi Kalau Dengan…,” – Setempek Zarina Anjoulie Kasi!

IKLAN

Malah, dia turut berpesan supaya berikan duit kepada isteri kerana mereka berhak untuk tampil cantik atas pengorbanan yang dilakukan.

IKLAN

“Pergi la kasi duit kat bini tu biar kasi dia cantik she deserves it dia penat lahirkan anak kau jaga anak kau setan, jaga makan minum kau,” katanya sambil rata-rata pengikutnya mengakui apa yang diperkatakan Zarina ada betulnya. 

Foto: Instagram Zarina Anjoulie

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI