Ads

Berkenaan Ada Kekasih, Ini Penjelasan Syed Saddiq! Korang Boleh Tarik Nafas Lega

MH yakin semalam mesti ramai gadis yang berputih mata apabila foto Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ‘teman wanitanya’ tersebar di media sosial.

Pasangan itu kelihatan sungguh sepadan sekali membuatkan orang ramai memuji kedua-dua mereka.

Terdapat juga laporan mengatakan bahawa pasangan tersebut akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

Susulan itu, Syed Saddiq menerusi akaun Twitternya memuat naik ‘tweet’ mengenai perkara tersebut.

“Kenapa ada berita mengatakan bahawa saya mempunyai teman wanita dan bakal berkahwin?

“Mak cakap memandangkan kita dalam semangat demokrasi telus, kena ada sisten tender terbuka di mana mak saya akan menjadi penentunya. Mak masih lucu!” tulisnya.

Ads

Haa… nampak tu YB dah bersuara, nampaknya dia masih lagi ‘single’ jadi apa lagi korang???

Berkenaan Ada Kekasih, Ini Penjelasan Syed Saddiq! Korang Boleh Tarik Nafas Lega

Dalam pada itu, MH sempat menjengah ke ruangan komen untuk melihat apa reaksi netizen dan terhibur dengan komen-komen para wanita yang cuba mengambil hati ibu Syed Saddiq.

Ads

Ads

Namun begitu, ada juga komen mengatakan pernah melihat kelibat Syed Saddiq bersama teman wanitanya itu di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Macam ada sesuatu je, apa-apapun MH rasa tak salah pun kalau Syed Saddiq mempunyai teman wanita, umurnya itu sudah pun melayakkannya untuk berkahwin.

Sumber: Twitter Syed Saddiq

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Syafinaz Tegas Jawab Isu Komen Terhadap Nubhan, Minta Netizen Jangan ‘Over...

Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.
error: Hello. Cannot.