Berkahwin Dalam Majlis Bernilai RM128 Juta Pada 2015, Jodoh Angelababy Dan Huang Xiaoming Berakhir Selepas 7 Tahun

Share

Pasangan popular China, Angelababy dan Huang Xiaoming akhirnya menamatkan teka-teki tentang perhubungan mereka menerusi pengumuman status perkahwinan mereka Jumaat lalu.

Pasangan berusia 32 dan 44 tahun ini mengesahkan yang mereka sudah berpisah menerusi hantaran yang dimuat naik di laman media sosial Weibo masing-masing. Paling menarik, bekas suami isteri saling menanda nama masing-masing dalam hantaran tersebut menandakan yang mereka saling bersefahaman.

Perkahwinan mewah mereka pada tahun 2015. Sumber gambar: Forbes

Tulis mereka, “Bersyukur untuk segalanya [yang berlaku] pada masa lalu, [kami masih] lagi akan menjadi keluarga pada masa hadapan.”

Agensi yang mewakili dua bintang popular itu juga telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa kedua-duanya telah menyelesaikan segala prosedur yang berkaitan.

Dalam kenyataan itu lagi, agensi menjelaskan bahawa pasangan itu telah berpisah secara baik dan akan menjadi ibu bapa bersama kepada anak lelaki mereka yang berusia lima tahun, Little Sponge.

Sumber gambar: Instagram Angelababy

Mengenang kembali detik mereka mula bersama, bekas suami isteri ini mengumumkan hubungan mereka kepada publik sekitar tahun 2014 sebelum mengikat tali pernikahan setahun kemudian.

Berkahwin dalam majlis mewah bernilai US$31 juta ataupun bersamaan RM128 juta ketika itu, pasangan ini menjemput lebih 2000 tetamu termasuklah bintang-bintang hebat Asia di majlis mereka yang diadakan di Shanghai Exibition Center.

BACA JUGA: “Kami Memulakan Perjalanan Baru Ini Bersama,”- Katrina Kaif Berkahwin Dengan Vicky Kaushal Dalam Majlis Gilang Gemilang

Sumber gambar: Forbes
Sumber gambar: Forbes

Busana yang digayakan oleh Angelababy ketika itu pula merupakan rekaan khas rumah fesyen terkenal, Dior yang mengambil masa lebih lima bulan untuk disiapkan. Gaun mewah itu diserikan dengan hampir seratus kuntuman bunga yang dihasilkan dari les Chantilly.

Cincin yang disarungkan ke jari manis wanita anggun ini pula bernilai lebih US$1.5 juta hasil rekaan Chaumet.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: Channel News Asia, Forbes

 

 

 

IKLAN