“Berjaya Tambah Hutang,” – Alhamdulillah! Hael Husaini Muat Naik Fotonya Bersama Rumah 3 Tingkat, Peminat Ucap Tahniah

Share

Perkongsian sekeping foto dari penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, 32, mencuri perhatian peminat.

Penyanyi lagu Jampi ini mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan sebuah rumah baru tiga tingkat yang terletak di Damansara Perdana, Selangor.

“Alhamdulillah, berjaya tambah hutang,” tulisnya ringkas beserta emoji seolah-olah memberi gambaran dia baru sahaja memiliki kediaman berkenaan.

Lantas, perkongsiannya itu mendapat reaksi perlbagai peminat dan rata-ratanya mengucapkan tahniah di atas pencapaian terkini bintang berkenaan.

Tahniah juga dari kami buat Hael dan semoga terus kekal sukses berkarya dalam industri hiburan tanah air.

Foto: Instagram Hael Husaini

IKLAN