Berita Baik! Wan Sharmila Di Set Lokasi, 7 Hari Mencintaku 2 Bakal Ditayangkan

Share

Bagi penonton setia drama tempatan, kalian sudah pasti pernah mengikuti drama bersiri 7 Hari Mencintaku, yang pernah mencipta fenomena tahun 2016 lalu.

Menariknya, drama ini bakal kembali menemui penonton untuk musim kedua tidak lama lagi.

Menerusi akaun Instagram aktres Wan Sharmila, dia ada memuat naik beberapa keping foto ketika menjalani pengambaraan drama berkenaan bersama pelakon Liza Abdullah.

“Macam2 gaya nak ingatkan dialog. Siapa ingat lagi watak Mak Leha dan Sofi? #7harimencintaiku2 #sofi #makleha,” tulisnya.

Terdahulu, drama 7 Hari Mencintaiku pernah ditayangkan di slot Akasia, TV3 dan telah menampilkan barisan pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifli, Faye Kusairi dan ramai lagi.

Sekadar informasi, drama hebat ini dijangka bakal menemui penonton pada bulan April tahun ini.

Foto: Instagram Wan Sharmila

IKLAN