Susulan kejayaan filem ‘Brother Of The Year’ di Thailand, para pelakonnya bakal menjejakkan kaki ke Malaysia.

Menariknya, ketiga-tiga pelakon utamanya, Sunny Suwanmethanont (Sunny), Urassaya Sperbund (Yaya) dan Nickhun Hovejkul (Nickhun) difahamkan akan bertemu dengan peminatnya di negara ini.

Berita Baik, Pelakon Filem Brother Of The Year Bakal Datang Ke Malaysia Selasa Ini!

Bertempat di IOI City Mall, jam 6.00 petang Selasa ini, semestinya ia acara hiburan paling dinantikan.

IKLAN

Dikatakan, kutipan filem ini menjangkaui kutipan filem box office, Bad Genius tahun lalu.

Tidak cukup itu, ketiga-tiga pelakonnya juga sudah menempa nama menerusi filem terdahulu mereka. Contohnya,  seperti Sunny melalui filem I’m Fine, Thank You…I Love You yang mendapat sambutan hangat di Malaysia.

IKLAN

Berita Baik, Pelakon Filem Brother Of The Year Bakal Datang Ke Malaysia Selasa Ini!

Nickhun juga yang cukup popular sebagai salah seorang ahli grup ‘beastly idol’, 2PM.

IKLAN

Dalam pada itu, peminat juga dapat membeli tiket ‘meet and greet’/Eksklusif screening serta dapat bertemu dengan pengarah filem dan juga Nickhun.

Berita Baik, Pelakon Filem Brother Of The Year Bakal Datang Ke Malaysia Selasa Ini!

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI