Hujung minggu lalu, acara Hello Putrajaya berlangsung meriah apabila ribuan pengunjung memenuhi setiap ruang di Symphony East 3, IOI City Mall, Putrajaya.

Program anjuran Astro ini merupakan salah satu usaha menghargai sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa memilih Astro sebagai platform hiburan utama negara.

Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa

Bermula jam 12 tengah hari, para pengunjung sudah mula membanjiri lokasi acara untuk menyaksikan persembahan daripada barisan artis terkenal seperti Alpha, Amad, Siti Sairah, Naqiu, Sharifah Shahirah, Auddra dan ramai lagi.

Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa

Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar BiasaBeribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar BiasaKesemua mereka adalah antara bintang yang terlibat dengan pelbagai program hiburan terbitan Astro sepanjang tahun seperti Big Stage Alpha, Talk To My Manager, Kilauan Emas dan The Chosen One Xtra.

Tidak hanya persembahan pentas, pengunjung turut berpeluang beramah mesra bersama maskot Didi & Friends serta personaliti Gegar Vaganza 12 (GV12) iaitu Mendua, Ruri Repvblik, Iskandar Ismail, Nubhan dan Mark Adam.

Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa

Ads

Ruang Berhibur Untuk Semua

Sementara itu, Naqiu memuji usaha Astro yang semakin aktif mendekatkan artis dengan peminat.

Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa

“Program seperti ini sangat bagus untuk memberi tahu masyarakat di luar sana bahawa Astro punyai pelbagai program untuk semua lapisan masyarakat dan umur.

“Sebagai contoh, Astro ada program seperti The Chosen One untuk kanak-kanak, Big Stage pula untuk para remaja, Gegar Vaganza pula beri ruang buat artis-artis lama terus menyinar dan Kilauan Emas untuk otai-otai yang masih berbisa.

“Ia secara tidak langsung memperkenalkan pelbagai bakat-bakat baharu dan mengetengahkan kembali bintang-bintang lama,” katanya kepada MH.

Ads

Dalam masa sama, penyanyi Siti Sairah turut menzahirkan penghargaan kepada Astro atas peluang yang diberikan, terutama buat artis baharu termasuk anaknya, Amad Dayyan.

Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Astro kerana telah memberikan peluang yang besar buat Amad serta mendekatkannya dengan peminat.

“Dengan adanya program Astro Home Of Live ini, ia secara tidak langsung memberi ruang buat Amad untuk terus menimba pengalaman.

“Amad juga masih baru. Jadi ini merupakan ruang buat Amad menerokai lagi kemampuannya dalam bidang seni,”kongsinya lagi.

Ads

Acara Pemanas Badan Countdown KITA 2026

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan luar biasa daripada bintang program Astro seperti Ruhan Ravindran (Big Stage Tamil) serta Alvin Chong dan Nicole Lai (Astro Star Quest).

Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa Beribu Serbu Hello Putrajaya! Bintang GV12, Big Stage & Kilauan Emas ‘Turun Padang’ Beri Show Luar Biasa

Hello Putrajaya juga mendapat kerjasama daripada IOI City Mall dan Moxy Putrajaya.

Menariknya, acara ini menjadi pemanas badan sebelum program terbesar hujung tahun iaitu Konsert Countdown KITA 2026 yang bakal berlangsung pada 31 Disember ini bermula jam 4 petang di IOI City Mall Putrajaya.

Antara selebriti yang bakal menggamatkan malam tersebut ialah Nabil Ahmad, Faizal Tahir, Alleycats, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Alpha, KLP48, Hoondoo, Liza Hanim dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara hiburan terbesar negara bersempena sambutan Tahun Baru 2026.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads