Beri Respon Kepada Soalan Sharifah Amani, Ratu Bollywood Kajol Dedah Paling Suka Watak Anjali Sebab…

Share

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Amani ada menulis satu twit dan bertanyakan satu soalan kepada bintang Bollywood terkenal, Kajol.

Menerusi twit tersebut, Amani bertanya mengenai watak lakonan kegemaran sepanjang masa dari aktres cantik itu saat bergelar pelakon.

“What was your most favourite character to play in your career? #AskKajol,” tulisnya.

Lalu, bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu memberi respon dan menjawab soalan yang ditanya.

“My most fav. character is Anjali. She’s the most like me,” balas Kajol.

Lantas, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat perkongsian pelakon berusia 33 tahun itu.

Malah ada juga yang bertanya watak ‘Anjali’ menerusi filem apa yang dimaksudkan.

Sekadar informasi, Amani atau nama penuhnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya dilahirkan pada 10 Jun 1986 dan telah memulakan karier lakonan pada tahun 1992.

Foto: Instagram Sharifah Amani

IKLAN