Beri Inspirasi Harmoni! Nabila Huda Sekeluarga & Ibu Tiri Seronok Cuti Di Bali, Rakam Momen Indah Bersama

Share

Pelakon, Nabila Huda ada berkongsi sedang menikmati percutian bersama keluarga besarnya di Bali, Indonesia.

Momen indah itu dikongsikan pengacara Muzikal Lawak Superstar itu di Instagram miliknya yang dikemas kini.

Menerusi video yang dikongsikan Abil, dapat dilihat turut sama dalam sesi liburan itu termasuk bapanya, Suhaimi Abd Rahman (Amy Search), ibu tirin serta beberapa lagi ahli keluarga dan rakan terdekat.

Menjengah di Instagram Amy pula, dia turut berkongsi wajah kecerian mereka sekeluarga di Instagram.

Malah, Hasniza atau lebih dikenali sebagai Qasander ada berkongsi video di Insta Storiesnya.

Lalu, netizen ada meninggalkan komen yang pelbagai dan turut gembira melihat kebahagiaan keluarga itu.

Terdahulu, Abil dan Qasander pernah perselisihan faham, namun kedua-dua mereka saling bermaafan antara satu sama lain.

Video : Instagram Nabila Huda, Amy & Qasander

IKLAN